Kajian Sistematik: Meneroka Komunikasi Guru-Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Khas Pedalaman Sarawak
List of Authors
Ronnie Rambai, Shahlan Surat
Keyword
Komunikasi Guru, Pendidikan Khas
Abstract
Komunikasi merupakan medium utama yang digunakan oleh guru untuk berinteraksi dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua jenis kemahiran komunikasi yang diaplikasikan oleh guru iaitu kemahiran komunikasi lisan dan kemahiran komunikasi bukan lisan. Antara kemahiran komunikasi lisan ialah nada suara, kejelasan sebutan dan kelancaran semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran komunikasi bukan lisan pula terdiri daripada ekpresi muka, kontak mata dan sentuhan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kemahiran komunikasi guru-pelajar dalam kalangan pelajar pendidikan khas di pedalaman Sarawak. Kajian ini telah menggunakan dua pangkalan data iaitu menggunakan pangkalan data seperti Semantic Schoolar dan Springer untuk mencari artikel. Artikel tersebut mestilah diterbitkan dalam lingkungan 5 tahun terkini iaitu dari Januari 2020 hingga 2024. Antara kata kunci yang digunakan untuk pencarian artikel dalam dalam Bahasa Inggeris ialah oral communication, verbal communication, non-verbal communication dan concept of communication. Antara istilah yang digunakan untuk pencarian artikel dalam Bahasa Melayu pula ialah komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan dan konsep komunikasi.