Pengalaman remaja di rumah perlindungan dan perubahan dalam makna hidup
List of Authors
  • Afifah Binti Zulkifli , Siti Marziah Zakaria

Keyword
  • Remaja, gejala sosial, rumah perlindungan, pengalaman, makna hidup

Abstract
  • Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah (RS) telah ditubuhkan untuk menyediakan satu ruang menasihati dan membimbing gadis-gadis yang bermasalah. Ramai daripada gadis tersebut datang dengan masalah seperti keluarga yang berpecah pelah, sejarah penderaan seksual daripada ahli keluarga, ketagihan pornografi, dan terlibat dalam aktiviti seksual luar nikah. Di RS, pelatih bukan hanya diberikan tempat tinggal yang selamat dan selesa, tetapi juga diberikan penekanan kepada aspek spiritual. Satu siri temubual separa berstruktur telah dijalankan selama sebulan bagi mendapatkan input kajian. Sebanyak sepuluh (10) soalan temu bual telah ditentukan terlebih dahulu. Berdasarkan kepada persampelan purposif, penyelidik memilih tujuh (7) orang subjek di Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah untuk terlibat dalam kajian. Objektif kajian adalah untuk meneroka pengalaman subjek di RS dan untuk menilai perubahan pada makna hidup. Kajian mendapati bahawa subjek telah mengalami pelbagai pengalaman positif di dalam RS, terutamanya pengalaman-pengalaman spiritual. Tema-tema yang dapat dikeluarkan daripada pengalaman mereka ialah: 1. belajar solat dan puasa, 2. membaca Al-Quran dengan betul, 3. kenal Allah. Berkenaan dengan perubahan dalam makna hidup, mereka menyedari bahawa kehidupan adalah sesuatu yang berbeza daripada apa yang mereka tahu sebelum ini. Mereka menyatakan bahawa makna-makna baharu hidup adalah; 1. Kehidupan mempunyai tujuan, 2. Manusia adalah khalifah, 3. Dekat dengan Allah. Dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa subjek telah mengalami transformasi spiritual sebagai kesan daripada latihan dan bimbingan dalam RS. Walau bagaimanapun, mereka bimbang jika tidak dapat beristiqamah dalam membuat kebaikan dan tetap dengan prinsip mereka setelah keluar dari RS. Oleh itu, sokongan berterusan dan bimbingan masih diperlukan untuk menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan daripada persekitaran yang negatif.

Reference
  • 1. Abdullah Nasih ‘Ulwan. 2012. Pendidikan anak dalam Islam. Indonesia: Penerbitan Insan Kamil Solo.
    2. Arifin Mamat. 2008. Pendekatan al-Quran dalam pembangunan modal insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia Bastaman, H.D. 2007. Logoterapi: Psikologi untuk menemukan makna hidup dan meraih hidup bermakna. Jakarta: Raja Grafindo Persada.
    3. Kharisma N.M. & Ratna S. 2011. Konsep diri dan kebermaknaan hidup pada remaja di Panti Asuhan. Proyeksi, 6 (2), 103-112.
    4. Musa, M.M. 2013. Kebencian dalam kalangan remaja mengandung luar nikah: Satu kajian Art Therapy. Prosiding dalam Persidangan Antarabangsa Pertandingan Inovasi Kaunseling Dan Pendidikan 2013: Batu Pahat, Johor.
    5. My Metro. 2015. Statistik moral remaja kita. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/node/36116 pada 10 September 2017.
    6. Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon & Nurul Husna Mohd Jabar. 2016. Persepsi pelatih terhadap kaedah pemulihan di Pusat Perlindungan. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah, KUIS, Kuala Lumpur.
    7. Noor Hafizah Mohd Haridi. 2016. Program agama di Pusat Pemulihan Akhlak JKM: Kajian dari aspek perlaksanaan dan keberkesanan. Tesis PhD, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
    8. Noor Najhan Mohamad Salleh. 2001. Metodologi Dakwah Islamiyyah di dalam menangani masalah remaja masa kini: Kajian kes di daerah Klang. Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    9. Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Zanariah Dimon & Nurul Husna Mohd Jabar. 2015. Permasalahan sosial di kalangan remaja di Selangor: Satu tinjauan. Prosiding dalam International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 – 13 October 2015.
    10. Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Zanariah Dimon & Nurul Husna Mohd Jabar. 2016. Kaedah menangani masalah sosial di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS): Analisa pendekatan Al-Quran. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah, KUIS, Kuala Lumpur.
    11. Utusan Online. 2010. CSR di pusat perlindungan. Dipetik daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspm pada 12 September 2017.