Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti
List of Authors
  • Muhamad Ariff Ibrahim , Noor Izzaty Ibrahim , Siti Fardaniah Abdul Aziz

Keyword
  • Gaya asuhan ibu bapa, pemilihan kerjaya, pelajar, universiti, personaliti

Abstract
  • Gaya asuhan merupakan satu elemen penting di dalam membentuk keperibadian anak-anak yang mana ia juga mempengaruhi hala tuju seseorang individu itu dari segi pelbagai aspek dalam kehidupannya. Selain itu, konsep kendiri juga berkaitan dengan cara seseorang individu dalam memilih kerjaya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 210 orang pelajar tahun satu daripada tiga buah fakulti di Universiti Putra Malaysia. Dua set Soal selidik telah digunakan iaitu soal selidik gaya asuhan yang diadaptasi daripada Children Report of Parental Behavior Inventory (CRPBI) dan soal selidik pemilihan kerjaya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada hubungan di antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar (χ²=0.744, k>0.05). Walau bagaimanapun, kajian sebegini seharusnya terus dilakukan untuk mengkaji sejauh ibu bapa berperanan dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak berdasarkan kepada gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.

Reference
  • 1. Amla, S., Zuria, M., & Salleh, A. 2006. Bimbingan dan kaunseling sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    2. Asnul Dahar Minghat & Noor Zalilah Mansor. 2010. Pemilihan bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya di sekolah menengah teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
    3. Anne Roe. 1957. Early determinant of vocational choice. New York: John Wiley and Son.
    4. Anne Roe & Siegelman. 1964. The origin of interest. Washinton D.C: American Personal Guidance Association. Asnul Dahar Minghat, Kandar Selamat & Hartini Mohd Rejab. 2010. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari. Kajian ilmiah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    5. Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Ahmad Shazili Ayob. 2012. Pengujian model gaya keibubapaan baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Journal of Social Sciences and Humanities 7 (1):105-120.
    6. Cenkseven-Önder, F., Kırdök, O., & Işık, E. 2010. High school students career decision-making pattern across parenting styles and parental attachment levels. Electronic Journal of Research in Educational Psychology :263-280.
    7. Faizah Abd Ghani & Mohd Kamil Mat Deris. 2010. Trait personaliti di kalangan pelajar ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kemahiran hidup). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    8. Faizah Abdul Ghani & Nina Raynelda Ahmad Kamil. 2011. Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    9. Holland, J.L. 1973. Making vocational choices: a theory of career. 1st Edition. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.
    10. Ismail Hashim. 2005. Pengaruh faktor keibubapaan ke atas pemilihan kerjaya sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ilmiah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.
    11. Mohd Nasir Ripin & Ana Farina Abdul Fatah. 2010. Faktor pendorong pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun satu fakulti pendidikan, UTM Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    12. Mohd Rizuan Abdullah. 2013. Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    13. Noor Haidah Yaakob. 2000. Pengaruh gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya anak. Kajian ilmiah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
    14. Noraini Mohd Nor. 2001. Hubungan pengaruh gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya pelajar. Kajian ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
    15. Norani-Allain Norjahim. 2012. Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya pelajar tingkatan empat SMK Semerah Batu Pahat, Johor. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
    16. Ologun, S. F. 2002. Parent-child relationship and vocational choice of fresh undergraduates of University of Ilorin: a test of Roe's hypothesis. Ilorin Journal of Education.
    17. Schludermann, E., & Schludermann, S. 1970. Replicability of factors in children's report of parent behavior (CRPBI). The Journal of Psychology 76(2): 239-249.
    18. Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan kerjaya: teori dan praktis. Serdang: Penerbit UPM.
    19. Sidek Mohd Noah. 2002. Reka bentuk penyelidikan: falsafah, teori dan praktis. Serdang: Penerbit UPM.
    20. Super, D. E. 1990. “A life-span, life space approach to career development”. In D.Brown and L. Brooks, Career Choice and Development: Applying Contemporary Theories, 2nd Edition, San Fransisco, CA: Jossey Bass.
    21. Super, D.E. 1957. The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher.
    22. Yahaya Buntat & Khodijah Hassan. 2010. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun dua sarjana muda teknologi serta pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.