Tahap Kompetensi Digital Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Seremban, Negeri Sembilan
List of Authors
  • Aida Hanim A Hamid, Tay Jing Ying

Keyword
  • Kompetensi Digital; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Guru

Abstract
  • Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi digital dalam kalangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Seremban, Negeri Sembilan serta mengkaji perbezaan tahap kompetensi digital tersebut. Seramai 254 orang guru daripada 31 buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan, dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Borang soal selidik meliputi beberapa komponen iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi, pengetahuan teknologi kandungan serta pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi frekuensi, peratusan skor min dan sisihan piawai. Ujian-t sampel bebas digunakan bagi menilai perbezaan tahap kompetensi digital guru SJKC di daerah Seremban, Negeri Sembilan berdasarkan jantina. Seterusnya, ujian ANOVA sehala digunakan untuk meneliti perbezaan tahap kompetensi digital guru mengikut pengalaman mengajar. Analisis data dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Keputusan ujian-t sampel bebas menunjukkan bahawa guru lelaki dan guru perempuan memiliki tahap kompetensi digital yang hampir setara dari segi kemahiran, penggunaan, serta pemahaman teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, hasil ujian ANOVA sehala mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam tahap kompetensi digital guru berdasarkan kategori umur di sekolah. Implikasi kajian menekankan bahawa dasar pendidikan perlu memberi perhatian khusus kepada pembangunan latihan yang meningkatkan kecekapan digital. Pihak sekolah juga disarankan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional yang menyokong kerjasama serta pembangunan berterusan kemahiran digital. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada penyelidik lain sekali gus menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan serta mutu kompetensi digital guru di sekolah..

Reference
  • No Data Recorded