Model Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Metasemesta: Inovasi Dalam Kursus Bahasa Kebangsaan A
List of Authors
Amy Liew Xiu Jie, Nurul Aisyah Kamrozzaman
Keyword
Metasemesta, kursus Bahasa Kebangsaan A, pembelajaran imersif, proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Abstract
Kemunculan teknologi metasemesta membuka dimensi baharu dalam dunia pendidikan tinggi, khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus bahasa. Teknologi ini berpotensi menawarkan persekitaran pembelajaran yang lebih imersif, interaktif, dan menarik, sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), dan transformasi digital dalam pendidikan. Artikel ini mencadangkan pembangunan satu model PdP metasemesta yang inovatif, dan efektif bagi kursus Bahasa Kebangsaan A di institusi pengajian tinggi. Model dicadangkan dirangka dengan mengintegrasikan elemen pembelajaran maya yang mendalam, bersifat interaktif, serta menyokong aspek kognitif, afektif, dan kemahiran literasi digital pelajar. Di samping itu, model turut mengambil kira teori-teori pembelajaran yang relevan dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, menyeronokkan, dan memotivasikan siswa. Penggunaan teknologi metasemesta dijangka mampu meningkatkan penglibatan aktif siswa, memperkukuh kefahaman isi pelajaran, serta mempertingkat pencapaian akademik secara keseluruhan. Hasil diharapkan daripada pembangunan model ini adalah sebuah rangka kerja PdP yang komprehensif, dan fleksibel, yang boleh disesuaikan dalam pelbagai konteks pengajaran kursus bahasa, serta menyokong aspirasi pendidikan tinggi ke arah sistem pembelajaran masa depan yang lebih inklusif dan berteknologi tinggi.