Penglibatan masyarakat India dalam sukan di Sabah pada era BNBCC
List of Authors
Josrin Masandal , Mohd Hishamuddin Amid
Keyword
Masyarakat India, Sukan, BNBCC, Penglibatan, Sabah
Abstract
Masyarakat India pada ketika ini telah menjadi sebahagian daripada identiti komuniti negara Malaysia khususnya terhadap negeri Sabah, penetapan tetap mereka dalam negeri ini telah menjadikan masyarakat India berstatus warganegara menjurus kepada salah satu rakyat negeri Sabah. Kedatangan atau migrasi masyarakat India ke Sabah telah berlaku sejak 140 tahun yang lepas, kedatangan mereka berlaku semasa era pentadbiran BNBCC di Sabah yang juga merupakan antara faktor penyebab migrasi masyarakat ini ke Sabah. Ini disebabkan kepada polisi pihak BNBCC untuk mengambil orang luar untuk dijadikan pekerja dalam pelbagai bidang yang diperlukan maka masyarakat India adalah antara yang dibawa pihak BNBCC. Namun keberadaan mereka di Sabah bukan sekadar menjadi pekerja penjawat awam pihak BNBCC tetapi masyarakat India juga turut meluangkan masa dalam memenuhi aktiviti sosial seperti sukan dan menjadikan masyarakat ini punyai keaktifan dalam kesukanan. Objektif kajian adalah bagi meneliti dan menjelaskan bukti keterlibatan masyarakat India dalam aktiviti sukan yang pernah dijalankan acaranya sepanjang pentadbiran BNBCC Sabah, selain memperlihatkan bahawasanya masyarakat India ini tidak hanya tertakluk kepada pekerjaan mereka dalam jawatan awam sahaja tetapi mempunyai aktiviti sampingan bagi mengisi ruang kehidupan mereka sepanjang berada di Sabah pada tahun-tahun tersebut. Metod dalam kajian artikel ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan yang merujuk kepada sumber Primer diperolehi melalui data simpanan Arkib, dan sumber sekunder yang berdasarkan kepada penelitian perbincangan dalam buku dan artikel yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati bahawa, dalam menempuhi kehidupan dan keberadaan masyarakat India di Sabah semasa era sebelum kemerdekaan negeri ini, didapati masyarakat India terlihat aktif dalam melibatkan diri melalui aktiviti sukan dan antara sukan yang kerap mereka turuti adalah sukan menerusi acara balapan iaitu tertumpu kepada larian.
Reference
1. The British North Borneo Herald. 1888.
2. The British North Borneo Herald. 1895.
3. The British North Borneo Herald. 1900.
4. The British North Borneo Herald. 1901.
5. The British North Borneo Herald. 1931.
6. Arkib Negeri Sabah.
7. Armizan Mohd Ali. (2020). Sabah Dalam Persekutuan Malaysia MA63 Sebagai Kontrak Sosial. Strategic Information and Research Development. Kuala Lumpur.
8. Azharuddin Mohd Dali. (2012). Sejarah Masyarakat India di Malaysia. Penerbit Utusan Publications & Distributors. Kuala Lumpur.
9. Buyong Adil. (2012). Sejarah Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
10. Dayu Sansalu. (2014). Sejarah Perkembangan Pendidikan disabah 1881-1981. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
11. Barvin Banu. (2015). Tesis Sarjana Perbezaan Migrasi Masyarakat India di Tanah Melayu dan Borneo Utara (tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.
12. Sarjit S. Gill. Sejarah Penglibatan Orang Sikh Dalam Pasukan Konstabulari Bersenjata Borneo Utara,1882-1949 dan Kesan Terhadap Identiti. Jebat 34 (2007) 49-70.