Hubungan antara Pengetahuan dan Sikap Guru Terhadap Alat Bantu Pengajaran Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI)
List of Authors
  • Nur Atikah Mohamad Rosli

Keyword
  • pengetahuan, sikap, guru, kecerdasan buatan (AI), alat bantu pengajaran, pengajaran dan pembelajaran

Abstract
  • Alat bantu pengajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI) merupakan elemen penting pendidikan digital yang menjadikan persekitaran pembelajaran interaktif untuk memenuhi keperluan murid. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap guru dalam mengimplementasikan alat bantu pengajaran AI dalam PdP seterusnya untuk menentukan hubungan antara pengetahuan dan sikap guru dalam mengimplementasikan alat pengajaran AI dalam PdP. Metodologi kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian ini melibatkan 50 orang guru di Taman Kepong, Kuala Lumpur. Data kajian dikutip menggunakan secara soal selidik melalui Google Form. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan sikap guru dalam mengimplementasikan alat bantu pengajaran berasaskan AI. Akhir sekali, kajian ini diharapkan agar meningkatkan pembangunan profesional guru dengan menyediakan keperluan latihan sekaligus menjurus kepada pemahaman fungsi, manfaat dan etika penggunaan AI dalam dunia pendidikan.

Reference
  • No References Recorded