Penilaian Guru Prasekolah Daerah Kuala Langat dan Daerah Sepang Terhadap Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
List of Authors
  • Chua Hooi Ling

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk menyiasatkan hubungan antara penilaian guru prasekolah terhadap kualiti kandungan dan potensi keberkesanan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Prasekolah (PKJRP) Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul PKJRP diperkenalkan di peringkat prasekolah dan sekolah rendah dengan tujuannya untuk mendidik dan membimbing pengguna jalan raya keutamanya murid-murid prasekolah agar memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran asas menjaga keselamatan jalan raya. Dengan itu, guru-guru prasekolah sebanyak 115 orang di daerah Kuala Langat dan Sepang Selangor telah terlibat dalam persampelan rawak kajian ini. Ujian korelasi telah digunakan untuk mengenalpasti tahap hubungan antara penilaian guru-guru prasekolah terhadap kualiti kandungan dan potensi keberkesanan modul PKJRP, manakala Ujian Satu Hala ANOVA digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan guru prasekolah terhadap modul PKJRP. Keputusan yang ditunjukkan dalam Ujian Korelasi telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara penilaian guru prasekolah dengan kualiti kandungan dan potensi keberkesanan modul PKJRP. Dapatan Ujian Satu Hala ANOVA juga menunjukkan nilai signifikan, p< 0.05. Implikasi kajian bahawa modul PKJRP adalah bersesuaian dengan tahap pendidikan prasekolah supaya murid-murid prasekolah boleh menggunakan pengetahuan dan kefahaman mereka ketika menggunakan jalan raya.


Reference
  • No Data Recorded