Potensi Pelajar Sebagai Wartawan Pelancongan Melalui Penulisan Majalah SSB Seni Travel
List of Authors
  • Nur Hashimah Said

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penulisan Majalah SSB Seni Travel merupakan satu hasil seni penulisan kreatif meneroka aspek-aspek menarik daripada sumber warisan dan budaya yang juga berperanan sebagai laluan untuk melahirkan bakat para pelajar dalam bidang kewartawan pelancongan. Fokus terhadap prinsip-prinsip perkhidmatan interpretasi pelawat yang diajar dalam subjek Visitor Interpretation Services memberikan latar belakang yang unik kepada penulisan kreatif dalam mengeksplorasi potensi pelajar sebagai wartawan pelancongan. Penulisan kreatif ini adalah selari dengan misi Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. Amalan pembelajaran yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar politeknik dalam aspek pelaksanaan aktiviti Course Learning Outcomes (CLO) dan Outcome Based Education (OBE) dicapai hasil daripada penulisan kreatif ini. Terdapat dua (2) objektif iaitu (a) mempromosikan kreativiti pelajar dalam penulisan seni pelancongan melalui Majalah SSB Seni Travel, dengan memberi tumpuan kepada prinsip-prinsip Interpretasi Pelawat sebagai landasan pembelajaran, (b) meneroka dan menonjolkan potensi pelajar sebagai wartawan pelancongan, menunjukkan sumbangan penting majalah SSB Seni Travel dalam membuka peluang kerjaya dalam bidang ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif ke atas lima (5) orang dari pakar industri yang terdiri daripada wakil agensi pelancongan di bawah kerajaan dan swasta. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik secara bersemuka.

     


Reference
  • No Data Recorded