Hubungan antara Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dengan Kemahiran Memahami Kronologi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Nurul Affa Abu Mansor

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran sejarah di dalam bilik darjah sering menekankan penghafalan fakta serta menggunakan pendekatan berpusatkan guru menyebabkan murid tidak menghayati nilai yang ingin disampaikan. Seharusnya guru mengaplikasikan pelbagai kaedah yang berpusatkan murid seterusnya meningkatkan rasa ingin tahu mereka untuk menyiasat kronologi sesuatu peristiwa sejarah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pembelajaran berasaskan inkuiri dengan kemahiran memahami kronologi dalam mata pelajaran sejarah sekolah rendah. Reka bentuk kajian ialah kuasi-eksperimental dan kajian korelasi menggunakan instrumen ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Seterusnya, data yang terkumpul dianalisis menggunakan ujian Wilcoxon dan ujian korelasi Spearman melalui perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 26. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Gombak, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif antara pembelajaran berasaskan inkuiri dengan kemahiran memahami kronologi. Berdasarkan dapatan tersebut, dicadangkan agar pihak bertanggungjawab menggalakkan kursus dan pendedahan tentang pembelajaran berasaskan inkuiri dalam kalangan guru agar dapat membudayakan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.


Reference
  • No Data Recorded