Audio Visual, Membuat Inferens, Mikroorgansima, Pemerhatian
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah audio visual dalam meningkatkan kefahaman murid dalam topik mikroorganisma dan kemahiran proses sains memerhati dan membuat inferens. Peserta kajian ialah murid Kelas Tahun 5 di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina di pekan Senai, daerah Kulai, Johor. Instrumen kajian ialah ujian sebelum tindakan, ujian selepas tindakan dan borang soal selidik SS-5H.Data dikumpul secara deskriptif. Data dipersembahkan dengan peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kefahaman murid dalam topik mikroorganisma dan kemahiran proses sains memerhati dan membuat inferens yang diajar selepas tindakan. Analisis soal selidik juga menunjukkan bahawa penggunaan kaedah audio visual dapat memupuk minat murid untuk belajar topik mikroorganisma.