Kajian Cooking Oil to Sand (COTS) Sebagai Agen Memasak Semasa Aktiviti Perkhemahan Kelab Kembara
List of Authors
  • Haniyatul Husna Md. Mohtar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Cooking Oil to Sand (COTS) adalah merupakan pasir yang dijadikan bahan pengganti minyak masak untuk digunakan bagi aktiviti memasak semasa perkhemahan di kawasan semulajadi seperti pantai dan hutan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkomersilkan penggunaan pasir yang merupakan bahan mineral di mana boleh digunakan untuk memasak sebagai pengganti minyak masak. Terdapat dua (2) objektif kajian iaitu a) Menjadikan pasir sebagai medium pengganti minyak masak semasa aktiviti perkhemahan untuk memudahkan urusan memasak sepanjang aktivti ini dijalankan b) Memastikan kebersihan kawasan perkhemahan terjamin kerana penggunaan pasir yang lebih mesra alam. Produk ini dipilih berdasarkan isu tertentu seperti masalah kesihatan kerana penggunaan minyak masak yang berlebihan. Selain itu, isu pelepasan minyak masak ke dalam sungai dan pantai mengubah pengoksigenan dan memusnahkan kehidupan akuatik serta pelepasan asap yang berlebihan daripada penggunaan arang menyebabkan pencemaran udara. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 40 orang pelajar Kelab Kembara Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Bagi mencapai objektif 1, dapatan kajian mendapati bahawa min purata tertinggi adalah sebanyak 4.65 iaitu responden menyatakan adalah lebih mudah untuk membawa bahan yang kering berbanding cecair semasa aktiviti perkhemahan. Manakala, bagi menjawab objektif 2, dapatan kajian mendapati min purata yang tertinggi adalah sebanyak 4.70 iaitu pasir merupakan bahan semula jadi yang tidak akan mencemarkan alam sekitar.

     


Reference
  • No Data Recorded