Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah dalam Konteks Perundangan dan Pelaksanaannya oleh Jabatan Penjara Malaysia
List of Authors
  • Haniyatul Husna Md. Mohtar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Hukuman sebat merupakan salah satu jenis hukuman yang disyariatkan oleh Islam atas beberapa kesalahan tertentu. Malah hukuman tersebut pernah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat pada zaman pemerintahan Islam yang terdahulu. Walaupun dalam beberapa hal dan keadaan perlaksanaannya berbeza, namun ia merupakan hukuman yang mempunyai ciri-ciri dan kaedah pelaksanaan yang khusus bagi setiap zaman dan semua tempat serta keadaan. Peruntukan hukuman sebat ini boleh dilihat secara jelas pada kesalahan tertentu daripada kesalahan hudud, iaitu zina, menuduh zina (qazaf) dan kesalahan minum arak. Antara objektif kajian ini adalah untuk meneliti pelaksanaan hukuman sebat Syariah dalam konteks perundangan dan pelaksanaannya oleh Jabatan Penjara Malaysia. Sebagai kesimpulan, kajian ini dijalankan khusus bagi meneliti dari sudut praktikal akan realiti perlaksanaan hukuman sebat Syariah serta bidang kuasa Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakannya, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada seperti yang tedapat di dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta/enakmen Syariah mengikut setiap Negeri.

     


Reference
  • No Data Recorded