Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Hulu Langat
List of Authors
  • Mohd Ashraf Che Soh

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Keberhasilan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ketika Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berkait rapat dengan penguasaan guru ke atas KBAT. Oleh yang demikian, kajian terhadap tahap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran, kesediaan dan sikap guru terhadap KBAT perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru pendidikan Islam di daerah Hulu Langat. Seramai 117 orang responden guru pendidikan Islam di kawasan Bangi dan Kajang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Science Sosial (SPSS) versi 22. Analisis keseluruhan dapatan kajian mendapati min yang tertinggi bagi kajian ini adalah bagi aspek kesediaan GPI, diikuti aspek pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelaksanaan yang berada pada tahap interpretasi tinggi. Min yang sederhana tinggi pula adalah bagi aspek sikap. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penguasaan guru Pendidikan Islam terhadap pengetahuan, pemahaman, pelaksanaan kemahiran, kesediaan dan sikap guru terhadap KBAT adalah faktor yang berkait rapat dalam keberhasilan menerapkan KBAT dalam PdPc. Kajian ini mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang lebih komperhensif bagi melihat penguasaan yang lebih holistik terhadap pelaksanaan KBAT yang telah diperkenalkan sejak tahun 2013.


Reference
  • No References Recorded