Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) matematik dalam kalangan pensyarah di Kolej-Kolej Vokasional Negeri Sembilan
List of Authors
  • Kaliammah Krishnan , Md. Yusoff Daud

Keyword
  • teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) matematik, pensyarah KV, pengintegrasian, kemahiran, sokongan, kelakuan, sikap

Abstract
  • Era teknologi maklumat telah merangsang tranformasi pendidikan dan teknologi pendidikan. Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terus dipertingkatkan bagi merangsang generasi muda. Kajian ini merupakan kajian tinjauan terhadap tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik oleh pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional (KV). Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen. Kajian rintis dilaksanakan bagi menentukan nilai kebolehpercayaan setiap item dalam instrumen. Nilai kebolehpercayaan Alfa Kroanbach bagi instrument berada pada tahap tertinggi iaitu α>0.70. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian TMK dengan mengambilkira kekerapan penggunaan, tahap kemahiran, kelakuan, sikap serta sokongan TMK oleh pengurusan KV. Sampel kajian terdiri daripada 42 orang pensyarah matematik dari 6 buah KV di Negeri Sembilan. Data-data dari dapatan kajian dianalisa secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS Version 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kekerapan penggunaan TMK berada pada tahap yang tinggi (min 3.56, S.P 0.4357). Kemahiran TMK pensyarah berada pada tahap mahir (min 3.14, S.P 0.3968). Pensyarah mempunyai kelakuan yang positif terhadap pengintegrasian TMK (min 3.12, SP 0.3300). Dari segi sikap menunjukkan tahap sederhana positif (min 2.75, SP 0.1198). Sokongan TMK oleh pihak pengurusan KV berada pada tahap sederhana negatif (min 2.39, SP 0.1798). Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran TMK dengan kelakuan pensyarah. Sikap pensyarah terhadap pengintegrasian TMK turut mempunyai hubungan yang signifikan dengan sokongan TMK oleh pengurusan KV. Secara keseluruhanya pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik berada pada tahap yang baik. Pensyarah matematik KV mempunyai kemahiran dan sikap yang positif terhadap pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik. Kemudahan dan sokongan TMK oleh pengurusan KV masih berada dalam keadaan sederhana. Tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc akan meningkat jika sokongan dan bantuan berasaskan TMK dapat disediakan di KV.

Reference
  • 1. Agyei, D. D., & Voogt, J. M. (2016). Pre-service mathematics teachers’ learning and teaching of activity-based lessons supported with spreadsheets. Technology, pedagogy and education, 25(1), 39-59.

    2. Bakar, B. A. (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Utusan Publications.

    3. Bunimin, J. (2016). Model konsep pembangunan profesionalisme tenaga pengajar kolej vokasional Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

    4. Bunyamin, Muhammad Abd Hadi. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Kehadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor. 25. 1-6.

    5. Creswell, J. W. (2011). Controversies in mixed methods research. The Sage handbook of qualitative research, 4, 269-284.

    6. Chua, J. H., & Jamil, H. (2014). The Effect of Field Specialization Variation on Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) among Malaysian TVET Instructors. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 2(1), 36-44.

    7. Gravetter, F. J., & Wallnau, L. B. (2016). Statistics for the behavioral sciences. Cengage Learning.

    8. Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Education and Psychological Measurement: Determining Sample Size for Research Activities. November, 2014. Retrieve http://opa.uprrp.edu/InvInsDocs/KrejcieandMorgan.pdf

    9. Mohamad, A. M., & Skudai, J. (2008). Kelemahan penguasaan kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian. In Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah (pp. 25-27).

    10. Morgan, D. W., & Krejcie, R. V. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-10.

    11. Nasir, A. N. M., Ahmad, A., Udin, A., Wahid, N. H. A., & Noordin, M. K. (2018). Competency Level of Technical Knowledge for Electronic Lecturers in Vocational College, Malaysia. Advanced Science Letters, 24(4), 2796-2798.

    12. Papadakis, S., Kalogiannakis, M., & Zaranis, N. (2016). Comparing tablets and PCs in teaching mathematics: An attempt to improve mathematics competence in early childhood education. Preschool and Primary Education, 4(2), 241-253.

    13. Sugiyono, Y. (2005). Analisis Statistika-Korelasi Linier Sederhana.

    14. Supramaniyam, V. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

    15. Tasir, Z., & Lim, B. Y. (2010). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah., 1-10.

    16. Thabane, L., Ma, J., Chu, R., Cheng, J., Ismaila, A., Rios, L. P., ... & Goldsmith, C. H. (2010). A tutorial on pilot studies: the what, why and how. BMC medical research methodology, 10(1), 1.

    17. Utara, S. (2012). Pedoman Penulisan Skripsi.

    18. Yassin, M. (2011). Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME3) di Axelborg Hall. Dicapai pada November 30, 2013 dari http://pspbtp.wordpress.com/tag/vokasional/

    19. Zilinskiene, I., & Demirbilek, M. (2015). Use of GeoGebra in Primary Math Education in Lithuania: An Exploratory Study from Teachers' Perspective. Informatics in Education, 14(1), 127-142.