Penggunaan kaedah pengajaran ‘Total Physical Response’ dalam pembelajaran kosa kata bahasa Mandarin
List of Authors
  • Tan Hua An , Tan Tiam Lai

Keyword
  • kaedah pengajaran TPR, kosa kata, bahasa Mandarin

Abstract
  • Kosa kata adalah aspek asas bagi sesuatu bahasa. Penguasaan kosa kata membantu dalam proses komunikasi. Oleh itu, kaedah pengajaran yang bersesuaian memainkan peranan yang amat penting dalam membantu meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana penggunaan kaedah pengajaran Total Physical Response (TPR) dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Mandarin. Ia juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaedah pengajaran TPR dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap kosa kata bahasa Mandarin. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian adalah pelajar bukan penutur natif bahasa Mandarin yang sedang mengikuti kursus bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan di salah sebuah kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) iaitu Malaysian Institute of Information Technology (MIIT). Kumpulan rawatan menggunakan kaedah pengajaran TPR manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Ujian pra dan ujian pasca digunakan sebagai instrument dalam kajian ini. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa kaedah pengajaran TPR adalah lebih berkesan daripada kaedah pengajaran konvensional. Pelajar dalam kumpulan rawatan menerima keputusan yang lebih baik selepas mengikuti kaedah pengajaran TPR. Justeru itu, dicadangkan agar kaedah pengajaran TPR digunakan semasa di dalam kelas semasa pengajaran kosa kata, khususnya bagi pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing peringkat permulaan.

Reference
  • 1. An, W.F. (2010). Quanshen Fanying Fa Shuping. Dazhong Wenyi, Issue 3, 182-183.

    2. Asher, J.J. (2007). TPR: After Forty Years, Still a Very Good Idea. http://www.tpr-world.com/mm5/TPRarticles/TPR_after_forty.pdf. Diakses pada 18 September 2018.

    3. Asher, J.J. (2009). Learning Another Language Through Actions (7th edition). Los Gatos, CA: Sky Oaks Productions.

    4. Chen, C.L. (2013). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Shanghai: Fudan Press.

    5. Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Buku 1 – Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

    6. Jiang, L.P. (2008). Duiwai Hanyu Jiaoxue Lun. Beijing: Beijing Language and Culture University Press Co. Ltd.

    7. Krishnavani Anmal Govindan Nair, Suppiah Nachiappan & Wong, K.T. (2017). Integrating English with Total Physical Response for Pre-schoolers’Cognitive Development. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, Vol.7, No.2.

    8. Liu, X. (2000). Duiwai Hanyu Jiaoyu Xue Yin Lun. Beijing: Beijing Language and Culture University Press Co. Ltd.

    9. Liu, Y. (2017). Practice and Reflection of Total Physical Response in Overseas Chinese Teaching in Primary and Middle Schools: Taking Vidin School in Bulgaria as an Example. Beijing Foreign Studies University.

    10. Mohd Zuri Ghani & Norr Huziza Hanim Mohd Ghous (2014). The Effectiveness of Total Physical Response (TPR) Approach in Helping Slow Young Learners with Low Achievement Acquire English as a Second Language. International Journal of Research in Social Sciences, Vol.4, No.6.

    11. Peng, Z.F. (2016). The Research of Total Physical Response of Chinese Teaching in Thailand High School---Take Phitsanulok Nakhonthai School for Example. Northwest Normal University.

    12. Qiao, H. (2015). Application of TPR Method of Chinese Teaching in Italian Primary School. Beijing Foreign Studies University.

    13. Ramiro Garcia (2007). Instructor’s Notebook How to Apply TPR for Best Results (4th Edition), Los Gatos, CA: Sky Oaks Productions, Inc.

    14. Sun, Q. (2016). A Study on the Application of TPR to English Teaching in the Kindergarten. Changchun Normal University.

    15. Yang, Y. (2016). The Study of Total Physical Response Applying to Chinese Teaching for Georgian Pupils – Taking the 99 Public School as Example. Lanzhou University.

    16. Zhang, H.S. (2006). Duiwai Hanyu Ketang Jiaoxue Jiqiao Yanjiu. Beijing: The Commercial Press.

    17. Zhang, X.W. (2014). Research on the Application of TPR Didactics to Teaching Chinese as a Foreign Language. Henan University.

    18. Zhang, Y. (2012). The Application Research of TPR Teaching Method in Chinese Teaching for Foreigner: Take Primary Chinese Teaching in Confucius Institute at University of Khartoum as an Example. Northwest Normal University.

    19. Zhao, J.M. (2014). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Beijing: The Commercial Press.

    20. Zhou, X.B. (2016). Duiwai Hanyu Jiaoxue Daolun. Beijing: The Commercial Press.

    21. Zhu, Z.P. (2007). Hanyu Di’er Yuyan Jiaoxue Lilun Gaiyao. Beijing: Peking University Press.