Penerapan identiti nasional dalam mata pelajaran bahasa melayu bagi murid tahun enam sekolah rendah
List of Authors
Ormilla Anne Anak Beraoh , Ruhizan Mohammad Yasin
Keyword
Identiti nasional, Bahasa Melayu, didik hibur
Abstract
Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Setiap kaum mempunyai budayanya yang tersendiri. Identiti nasional seringkali dikaitkan dengan kepelbagaian budaya di Malaysia. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerapan mengenai identiti nasional dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji keberkesanan penggunaan didik hibur dalam menerapkan identiti nasional dalam kalangan murid. Ketirisan pengetahuan mengenai identiti nasional dalam kalangan murid sekolah rendah adalah pada tahap yang rendah. Justeru, kertas ini akan membincangkan mengenai identiti nasional, tahap pengetahuan identiti nasional dalam kalangan murid serta cadangan penyelesaian yang dapat menerapkan identiti nasional dalam diri murid. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun enam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Temu bual terbuka dan berstruktur digunakan bagi mengetahui secara bersemuka mengenai kefahaman identiti nasional dalam diri murid. Kaedah dokumentasi juga dijalankan pada akhir kajian agar kajian ini dapat dilihat dengan lebih terperinci. Hasil daripada temubual terbuka bersama murid didapati bahawa pengetahuan murid mengenai identiti nasional masih lemah.
Reference
1. Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini (2017). Reality Kepelbagaian Kaum Ke arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal Sains Sosial. Jilid 2: 1-24
2. Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy Ibrahim (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Chua Kheng Hoe (2007). Pembangunan Patriotisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua: Perbandingan Antara Empat Jenis Sekolah. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
4. Dayang Sufilkawany & Wan Muna. 2017. Pengarhu Faktor Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Iban. Bil (Mei 2017) : 75 – 78
5. How Soo Ying, Chan Swee Heng & Ain Nadzimah Abdullah (2015). Language Vitality Of Malaysian Languages And Its Relation To Identity. Journal Of Language Studies. Volume 15(2). Universiti Putra Malaysia.
6. Hussein Haji Ahmad & Haneza Ab. Hamid (2015). Pengurusan Pembangunan Konsep Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Kajian Di Klang, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 2, Isu 4. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
7. Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamahida Zainal (2014). Penggunaan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Pribumi Di Sekolah Pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1): 65-74.
8. Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim. Kamus Dewan Pelajar Edisi Ke-2. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
9. Jerie Peter Langan & Zamri Mahamod, (2011). Sikap Dan Motivasi Murid Iban Dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25.
10. Juliyah (2014). Penerapan Nilai Berbudi Bahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dari Perspektif Murid-Murid Darjah Lima. Proceeding Of The Global Summit On Education. Organized by WorldConferences.net
11. Mahat Jamal (2015). Semangat Patriotisme Melalui Lagu-Lagu Patriotik: Kajian Persepsi Beberapa Orang Belia Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo. Vol. 4
12. Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid (2010). Peranan Sekolah Dan Guru Dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. SEA Journal Of General Studies 11.
13. Mohamad Rodzi Abd Razak (2009). Pembinaan Negara Bangsa: Peranan Pendidik Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
14. Norazlinda Bt Saad, (2003). Faktor Sosioekonomi Dan Peluang Pendidikan Tinggi. Universiti Utara Malaysia. JEBAT 36. 90-106
15. Shamsulamri Baharuddin & Mohamad Fauzi B. Sukimi (2007). City As A Reflection Of National Identities: Early Comparison Between Jakarta And Kuala Lumpur. Akademika 70: 3-19
16. Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12.
17. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Shamsul Anuar Nazarah & Zaheruddin Othman (2016). Pembinaan Bangsa Malaysia (1): Kajian Empirical Tahap Patriotisme Belia. Malaysian Journal Of Society And Space. Issue 10 (159 – 170). Universiti Utara Malaysia.
18. Umi Saidatul Arryennah Madsah Dan Abdul Razaq Ahmad (2018). Jati Diri: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Proceedings International Conference On Social Studies & Humanities. Fakulti Pendidikan. University Kebangsaan Malaysia.
19. Wan Abdul Kadir Wan Yusoff (2005). Globalisasi, Internasionalisasi Dan Nasionalisme Dalam Mempertahankan Identiti Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16.