Analisis perbandingan topik tambah dan tolak dalam buku teks matematik KSSR dan KAFFAH tahun 1
List of Authors
  • Nor ‘Afifah Mohamad Nor Johari , Roslinda Rosli

Keyword
  • buku teks matematik tahun 1, tambah dan tolak, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (KAFFAH)

Abstract
  • Buku teks merupakan bahan pengajaran penting yang digunakan oleh guru dan murid semasa sesi pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, buku teks matematik bagi Kurikulum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (KAFFAH) yang telah digunakan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) masih belum banyak diteroka bagi melihat kesesuaian kurikulum itu dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan tambah dan tolak dalam buku teks matematik KSSR dan KAFFAH tahun 1. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian ini mendapati kandungan kurikulum KSSR dan KAFFAH mempunyai persamaan daripada segi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran tetapi kaedah pembelajaran dan penilaian yang digunakan oleh kedua-dua kurikulum adalah berlainan. Peratusan contoh dan nota, aktiviti dan latihan serta teks dan grafik yang digunakan pula terdapat perbezaan sedikit pada kandungan buku-buku tersebut. Selain itu, terdapat isi kandungan dalam buku KAFFAH yang harus ditambah baik oleh pihak penerbitan bagi cetakan yang akan datang. Oleh itu, kajian ini diharapkan mampu memberikan cadangan kepada pihak penerbitan untuk menambah baik kesalahan yang terdapat dalam buku teks bagi keberlangsungan proses pembelajaran yang lebih efektif dan lancar.

Reference
  • 1. Karim, M.S.A., Long, A.S., & Badaruddin, F. (2021). Pendidikan Akhlak Dalam Menangani Isu Gejala Sosial Pelajar [Moral Education In Addressing The Issue Of Student Sosial Sympton]. Qalam International Journal Of Islamic And Humanities Research, 1(3), 49-60. 2. Azhar, N.A. & Rosli, R. (2021). Analisis kandungan topik tambah dan tolak dalam buku teks matematik tahap 1 sekolah kebangsaan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 394-405. 3. Behnke, Y. (2018). Textbook effects and efficacy. The Palgrave Handbook of Textbook Studies, 383-398. 4. Cheng, C. C., & Silalahi, S. M. (2017). A review and content analysis of mathematics textbooks in educational research. Problems of Education in the 21st Century, 75(3), 235–251. 5. Dewan Pemuda PAS Malaysia. (2022). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Kaffah Tahun 1. Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah. 6. Fatah Yasin, R.F. & Jani, M.S. (2019). Educational philosophy in Islam in the curriculum design of integrated Islamic education in Malaysia. Hikmatuna, 5(1), 1-14. 7. Glasnovic, D. G. (2018). Requirements in mathematics textbooks: a five-dimensional analysis of textbook exercises and examples. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 49 (7), 1003–1024. Dimuat turun daripada https://doi.org/10.1080/0020739X.2018.1431849 8. Hasan, N. H., Sapar, A. A., & Siraj, S. (2020). Analisis kandungan terhadap penampilan kandungan, soalan dan aktiviti buku teks bahasa melayu kurikulum standard sekolah rendah tahap dua: data anekdot. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(2), 1–12. 9. Ho, H. (2018). The characteristics of writing examples in the textbook of mathematics in China and Germany compare research: Take the fourth grade as an example [Master dissertation, Guizhou Normal University]. CNKI. Dimuat turun daripada https://wap.cnki.net/touch/web/Dissertation/Article/ 10663-1018836564.nh.html. 10. Ishak, S., Abdullah, M.Y., & Ishak, F.H. (2019). Pengaruh Penguasaan Pengetahuan, Pedagogi Dan Isi Kandungan Guru Terhadap Kemerosotan Skor Matematik Timss Di Melaka. Jurnal Kesidang Kesidang Journal, 4, 23-37. 11. Jambol, N.A., & Rosli, R. (2021). Perbandingan Topik Nombor Dan Operasi Dalam Kurikulum Matematik Menengah Rendah Antara Malaysia Dan Korea Selatan. Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 (SPeK21), 160-173. 12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 13. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 14. Khali, Z.K. & Rosli, R. (2022). Analisis topik Ungkapan Algebra dan Rumus Algebra dalam Buku Teks Matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 26-38. 15. Lim, C.Y., & Rosli, R. (2021). Analisis Contoh dan Latihan bagi Topik Penambahan dan Penolakan dalam Buku Teks Matematik SJKC. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 254-270. 16. Lubis, M.A., Taib, S.H., & Ismail, M.A. (2019). The Basic Philosophy And Policy In Integrated Islamic Education: Experience Of Malaysia. In International Conference On Islamic Educational Management (Iciem), 1 (1), 17-34. 17. Lubis, I., Lubis, M.A., Taib, S.H., Khairuddin, Zakaria, I., Mohd Nor, M.Y., Ismail, A., Abdul Rahman, & Wan Abdullah, W.A.A. (2021). Dasar Falsafah Dan Polisi Pendidikan Bersepadu: Pengalaman Malaysia. Asean Comparative Education Research Journal on Islam And Civilization (Acer-J). Eissn2600-769x, 4(1), 1-19. 18. Mohd Kasran, M.H. (2021). Kerangka Akidah dalam Kurikulum Pendidikan Rendah di Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(3), 3 – 12. 19. Musa, R.T., Abd Karim, N.S., Adenan, N.H., Tarmizi, R.A., Md Junus, N.W., & Kelong, V.E. (2021). Tahap kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 82-91. 20. Pohl, M. & Schacht, F. (2019). How Do Students Use Digital Textbooks? Proceedings of the Third International Conference on Mathematics Textbook Research and Development (pp. 39–44). Paderborn: Universitätsbibliothek Paderborn, 39–44. 21. Rashed, Z.N., Tamuri, A.H., Ihwani, S.S., Ilias, M.F., & Yahaya, M. (2020). Model Kurikulum Integrasi dalam Kurikulum Pendidikan Islam. Islamiyyat, 42, 51-58. 22. Rezat, S., Fan, L., Hattermann, M., Schumacher, J. & Wuschke, H. (2019). 50 Years of realistic mathematics education ideas and their implementation in textbooks- leaarning facilitators for addition and subtraction. Proceedings of the Third International Conference on Mathematics Textbook Research and Development., hlm. 341–347. doi:10.17619/UNIPB/1-768 23. Rosnee, Mohamad Zaid, Salina, & Abdul Raasid. (2018). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 2. Online Journal for TVET Practitioners. 24. Schubring, G., & Fan, L. (2018). Recent advances in mathematics textbook research and development: An overview. ZDM - Mathematics Education, 50(5), 765–771. 25. SRITI At-Taqwa, Tapah. (2016). Penubuhan SRITI. 26. SRITI Tahfiz Al-Jauhar, Kawasan Pontian. (2018). Kurikulum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (KAFFAH). Dimuat turun daripada https://www.facebook.com/sriti.aljauhar.pontian. 27. Suhid, A. (2007). Pengajaran adab & akhlak Islam dalam membangunkan modal insan. Jurnal Pengajian Umum Bil, 8(1), 167-178. 28. Tan, L.C., & Rosli, R. (2022). Analisis domain kandungan buku teks Matematik tahun 4 KSSR semakan 2017. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 51-66. 29. Zainal, A.F., Zakaria, E., & Maat, S.F. (2020). Penggunaan Kaedah “Geng 10” Terhadap Kemahiran Menolak Melibatkan Pengumpulan Semula Murid Tahun 1. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 102-112. 30. Zhu, Y. & Fan, L. (2006). Focus on the representation of problem types in intended curriculum: A comparison of selected mathematics textbooks from Mainland China and the United States. International Journal of Science and Mathematics Education, 4(4), 609–626.