Kesesuaian panduan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum di Negeri Sembilan
List of Authors
Ng Sut Fui , Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Keyword
kelas bercantum, kesediaan, cabaran, kesesuaian
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan kelas bercantum, cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum dan tahap kesesuaian “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan deskriptif dijalankan dan borang soal selidik yang mengandungi 123 item dengan pengukuran berskala Likert merupakan instrumen utama. Analisis soal selidik bagi mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan kelas bercantum menunjukkan tahap yang tinggi, cabaran semasa melaksana pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum menunjukkan tahap yang tinggi serta tahap kesesuaian “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum juga menunjukkan tahap yang tinggi, iaitu skor min yang dicapai adalah melebihi 3. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan, responden yang terlibat bersedia melaksanakan kelas bercantum dan “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” yang dibekalkan sesuai dalam membantu guru melaksana pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum tetapi mereka masih menghadapi cabaran dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum.
Reference
1. Andre, D.P. & Subramanien, B. (2014). Voices of Despair: Challenges for Multigrade Teachers in Rural District in South Africa. Educational Research for Social Change, 3(1), 20-36.
2. Buang, I. (2008). Keberkesanan Program Gemilang 7: Satu Kajian Kes di Daerah Segamat (Degree’s Thesis, Universiti Teknologi Malaysia) Retrieved from http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2008_8532_884a4d3a804a480ab fd41eb280888a64.pdf
3. Dewan Rakyat Malaysia. (2018). Pelaksanaan Kelas Gabungan di Sekolah Kurang Murid (SKM) Sibu. Penyata Rasmi Parlimen, 4(1), 1-4, Malaysia. Retrieved from https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/KKDR-24072018.genpro.pdf
4. Haingura, S.S. (2014). An Investigation of Multigrade Teaching at Three Primary Schools in the Kavango Region (Master’s Thesis, Stellenbosch University). Retrieved from http://scholar.sun.ac.za
5. Kritis, L.K. (2016). Instructional Planning Practices of Rural, Multi-grade Teachers: A Case Study (Master’s Thesis, Montana State University). Retrieved from https://scholarworks.montana.edu/
6. Malaysia. (2018). Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Msimanga, M. R. (2014). Managing Teaching and Learning in Multi-graded Classrooms in Thabo Mofutsanyana Education District, Free State (Master’s Thesis, University of South Africa). Retrieved from http://uir.unisa.ac.za/
8. Mulaudzi, M.S. (2014). Challenges Experienced by Teachers of Multi-grade Classes in Primary School at Nzhelele East Circuit (Master’s Thesis, University of South Africa). Retrieved from http://uir.unisa.ac.za/
9. Phindile, N.P.Z. (2015). Management of Effective Teaching and Learning in Three Multi-grade Primary Schools: Principals’ Experiences (Master’s Thesis, University of Kwazulu-Natal). Retrieved from http://researchspace.ukzn.ac.za/