Pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan keorganisasian di Jabatan Penyiaran Malaysia
List of Authors
  • Ali Salman , Noorzihidayah Md Noor , Wan Idros Wan Sulaiman

Keyword
  • Teknologi komunikasi, perubahan keorganisasian, tugasan, manfaat, prestasi

Abstract
  • Perkembangan teknologi komunikasi telah membuka lembaran baru dalam perhubungan manusia dan membawa perubahan dalam organisasi. Teknologi yang sesuai akan memberi kesan kepada pelaksanaan tugas dalam mencapai matlamat organisasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi fokus kepada pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan keorganisasian di Jabatan Penyiaran Malaysia yang terletak di Angkasapuri, Kuala Lumpur sebagai skop kajian. Teori Task-Technology Fit telah menjadi dasar kepada kajian ini. Kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumbalas di mana seramai 230 orang kakitangan di Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai responden. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) v.22 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi yang melibatkan ujian korelasi dan regresi untuk menguji hipotesis yang dikemukakan. Hasil kajian ini menunjukkan kesemua hipotesis berjaya diterima dengan aras signifikan <0.01 di mana didapati teknologi komunikasi mempunyai hubungan yang kuat dengan perubahan keorganisasian seterusnya memberi pengaruh kepada pemboleh ubah bersandar tersebut pada aras signifikan <0.05. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan diusulkan supaya kajian pada masa akan datang dapat lebih memberi sumbangan kepada amalan komunikasi dan keorganisasian.

Reference
  • 1. Brody, E.W. 1990. Communication Tomorrow: New Audiences, New Technologies, New Media. New York: Prager.
    2. Fanggidae, E. R. 2009. Model Penerimaan Teknologi. Tesis. Fakultas Ekonomi Pasca Sarjana Universitas Satya Wacana.
    3. Farhad Nejadirani, Reza Rasouli and Masoud Behravesh. 2011. The effect of applying information technology on efficiency of parks and green space organization: a case study. Middle-East Journal of Scientific Research 10 (2): 224-232.
    4. Fisseha, M. 2011. The roles of information communication technologies in education review article with emphasis to the computer and internet. Ethiop. J. Educ. & Sc. 6(2): 1-16.
    5. Forouzan, B.A & Fegan, S.C. 2003. Data Communication and Networking. Edisi ke-4. New York: McGraw-Hill
    6. Goodhue, D.L. 1998. Development and measurement validity of a task-technology fit instrument for user evaluations of information system. Decision Sciences 29(1): 105-138.
    7. Goodhue, D. L. & Thompson, R.L. 1995. Task-technology fit and individual performance. MIS Quarterly 19(2): 213-236.
    8. Holmes, D. 2005. Communication Theory: Media, Technology and Society. London: SAGE Publications.
    9. Iomo, R.E & Aronson, J.E. 2003. The benefits of police field mobile computing realized by non-petrol sections of a police department. International Journal of Police Science and Management 5(3): 195-206.
    10. Martin, B. 2008. Knowledge management. Annual Review of Information Science and Technology 42(1): 369-424.
    11. Miller, K. 2012. Organizational Communication: Approaches and Processes. Edisi ke-6. USA: Thomson-Wadsworth.
    12. Munir, M.IT. 2008. Kurikulum Berbasis: Teknologi Informasi dan Komunikasi. Bandung: Penerbit Alfabeta.
    13. Musa Ali. 2015. Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
    14. Perry, N. & Sherlock, D. 2008. Quality Improvement in Adult Vocational Education and Training: Transforming Skills for the Global Economy. London: Kogan-Page.
    15. Poster, M. 1995. The Second Media Age. Cambridge: Polity Press.
    16. Portal rasmi Jabatan Penyiaran Malaysia. http://www.rtm.gov.my/ms/mengenai-kami/latar-belakang. [29 September 2016].
    17. Robbins, P.S. 1993. Organizational Behavior. USA: Prentice Hall International Inc.
    18. Rogers, E.M. 1986. Communication Technology. New York: The Free Press.
    19. Swati Desai. 2010. Role of information communication technologies in education. Proceedings of the 4th National Conference. INDIACom-2010 Computing For Nation Development, February 25 – 26. Bharati Vidyapeeth’s Institute of Computer Applications and Management, New Delhi.
    20. Van Dijk, J. 2006. The Network Society: Social Aspects of New Media. Edisi kedua. London: Sage Publication.