Amalan kepimpinan teragih di sekolah jenis kebangsaan Cina di Semenanjung Malaysia
List of Authors
  • Lai Nan Poh , Tai Mei Kin

Keyword
  • kepimpinan teragih, misi, visi dan matlamat, budaya sekolah, perkongsian tanggungjawab, amalan kepimpinan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teragih dalam kalangan guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teragih berdasarkan dimensi Misi, Visi dan Matlamat, Budaya Sekolah, Perkongsian Tanggungjawab dan Amalan Kepimpinan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif yang menggunakan pendekatan tinjauan. Sebanyak 379 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap amalan kepimpinan teragih secara keseluruhannya berada pada tahap yang Tinggi (Min = 3.99, SP = 0.45). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan dimensi Misi, Visi dan Matlamat, Budaya Sekolah, Perkongsian Tanggungjawab dan Amalan Kepimpinan berada pada tahap yang Tinggi. Kajian ini dapat menyumbang kefahaman kepada para guru besar tentang kepentingan amalan kepimpinan teragih di sekolah. Selain itu, kajian ini telah menambah maklumat mengenai kepimpinan teragih dan penambahan maklumat ini dapat membantu pengkaji lain dalam kajian lanjutan tentang kepimpinan teragih dalam proses mencapai tujuan reformasi pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).

Reference
  • 1. Abdul Rahim & Zahari Hashim 2018, The Influence of Distributed Leadership TowardsCollective Teachers’ Efficacy. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3 (21), 01-17.

    2. Azhar, H., Ramli, B. (2016). Hubungan Kepemimpinan Distributif Pengetua dan Kepemimpinan Guru di Sekolah Menengah. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 29(1), 105 – 112

    3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (2006), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

    4. Chin, K.S., & Jamalul Lail, A. W. (2018). Amalan Kepimpinan Distributif Pengetua dan Hubungan Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Sri Aman, Sarawak. Proceedings of the International Conference of Future Education and Advances. 174 -181

    5. DuFour, Eaker, & Many. (1998). Learning by doing: A handbook for professional learningcommunities at work. Solution Tree, Bloomington, IN.

    6. Elmore, R. (2000). Building a new structure for school leadership. Washington, DC: TheAlbert Shanker Institute.

    7. Ensley, M. D., Hmieleski K. M., & Pearce, C. L., (2006). The importance of vertical and shared leadership within new venture top management teams: implications for the performance of startups. The Leadership Quarterly 17(3), 217–231.

    8. Fuad, Mohamed. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit UUM

    9. Gordon Z.V. (2005). The Effect of Distributed Leadership on Student Achievement. Ph.DDissertation. New Britain. Central Connecticut State University.

    10. Gomez, M. O. (2010). School Culture and Performance at Different Middle Level Structures. University of California Riverside.

    11. Jamalul Lail, A. W., Aida H. A. H., Surayati, Z., & Md Fuad, M. R. (2013). The relationship between headtachers’ distributed leadership and teachers’ motivation in national primary schools. Asian Social Science Journal, 9(16), 161-167.

    12. Kalsom, J. (2015). Distributed Leadership: A Case Study of Excellent Primary Schools in Kuala Lumpur, Malaysia (Unpublished master thesis). Universiti Malaya.

    13. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Naratif Baharu Amalan Pendidikan 2019.Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    14. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

    15. Lashway. (2003). Distributed Leadership. ERIC Clearing house on Educational.

    16. Logavalli, B., & Jamallul Lail, A.W. (2018). Amalan Kepimpinan Distributif Penyelia dan Hubungannya dengan Motivasi Guru di Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Malaysia. 11th Language for Specific Purposes International Conference. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

    17. Marlia, J., & Yahya, D. (2016). Praktis Kepimpinan Distributif dan Komitmen terhadap Organisasi berdasarkan Kohort Generasi Guru. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

    18. Meng, T., Mika, R., & Kaija, C. (2015). A meta-analysis of distributed leadership from 2002 to 2013: Theory development, empirical evidence and future research focus. Educational Management Administration & Leadership, pp1–19

    19. Mohd, Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.

    20. Rosnarizah, A. H., & Hussein, A. (2015). Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual dan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Oktober. 2(4). hlm. 47 – 61.

    21. Silins, H., & Mulford, B. (2002). Leadership and school results. In K. Leithwood, & P. Hallinger (Eds.), Second International Handbook of Educational Leadership and Administration (pp. 561-612). Norwell, MA: Kluwer Academic Publishers. http://dx.doi.org/10.1007/978-94-010-0375-9_21

    22. Spillane, J. P. (2006). Distributed Leadership. San Francisco: John Wiley & Sons.

    23. Spillane, J.P., & Diamond, J.B. (2007). Distributed Leadership in Practice; Teachers College Press: New York, NY, USA

    24. Yusof, B., Yahzanon, T. (2013). Kepimpinan Tersebar dan Hubungannya dengan Tekanan dan Komitmen Kerja. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)

    25. Zoolaiha, A. R., Omar, A. K., Khoo, Y.Y. (2017). Amalan Kepimpinan Distributif dalam kalangan Pengetua serta Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru di Selangor. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 31(1), 65-75