Peranan Pentadbiran Zakat, Infaq, Sedekah dan Wakaf Dalam Sekuriti Makanan Di Kalangan Golongan Rentan ketika Krisis
List of Authors
  • Muhammad Izzat Mohamed

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pandemik Covid-19 adalah fenomena yang tragik dan krisis yang perlu ditangani oleh seluruh dunia serta sangat menguji daya tahan sekuriti makanan sesebuah Negara. Pentadbiran dan pengurusan ZISWAF khusus dalam bidang pertanian adalah amat penting untuk menangani krisis dan melindungi golongan rentan. Penulisan ini berbentuk kualitatif berasaskan data-data dan maklumat daripada kajian kepustakaan dan seterusnya ia dianalisis berdasarkan pendekatan deduktif. Zakat, infak, sedekah dan wakaf mempunyai cara tindak balas tersendiri yang dilihat secara konsistennya dapat membantu golongan rentan. Maka pentadbiran ZISWAF bersesuaian sebagai instrumen dasar untuk bertindak balas mengikut empat garis tindakan yang digunakan dalam Program Tindak Balas Krisis Makanan Global iaitu bertindak dalam mengawal dan menstabilkan harga, bertindak mengukuhkan stok penimbal, bertindak untuk mewujudkan jaringan keselamatan makanan dan dapat bertindak merangsang tindak balas penawaran bekalan dalam pertanian.


Reference
  • No Data Recorded