Penggunaan rutin berfikir dalam Penulisan karangan yang berkualiti
List of Authors
Kasidah Khatoon Kasim Khan Surattee , Norlizanah Mohamed Nor
Keyword
rutin berfikir, karangan, LFT, LMK, AMAB-B
Abstract
Making Thinking Visible yang diketengahkan oleh Ritchhart R., Church M. dan Morrson K. (2011) mengutarakan rutin berfikir sebagai alat membina kemahiran berfikir secara sistematik dan berstruktur. Sebuah kajian pengajaran berdasarkan keberkesanan penggunaan rutin berfikir telah dijalankan untuk membina kemahiran berfikir dan sekaligus, meningkatkan tahap penulisan karangan murid. Ini bertujuan menjana idea yang menarik dan berkualiti untuk menghasilkan karangan yang menunjukkan kematangan ketika mengembangkan jalan cerita. Tiga rutin berfikir iaitu Lihat-Fikir-Tanya (LFT), Lampu Merah Lampu Kuning (LMLK) dan Apa yang Menyebabkan Awak Berkata Begitu? (AMAB-B) telah digunakan untuk membantu murid mengembangkan idea semasa mengarang. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan, 81.5% murid berjaya mendapatkan peningkatan markah untuk bahagian isi setelah menggunakan rutin berfikir. Secara keseluruhan, guru-guru yang menggunakan Rutin Berfikir dapat membantu murid menyusun, berfikir dengan kreatis dan juga, mengembangkan idea-idea dalam penulisan karangan.
Reference
1. Ritchart, R., Church, M., & Morrson, K. (2011). Making Thinking Visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. San Francisco: Jossey-Bass.
2. Ron Ritchhart “Thinking Routines: Establishing patterns of thinking in the classroom” (paper presented at the AERA Conference, San Francisco, 2006).
3. Visible Thinking. Dirujuk pada November 15, 2017, daripada http://www.pz.harvard.edu/projects/visible-thinking