Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam karangan
List of Authors
  • Abdullah Yusof , Norul Haida Reduzan

Keyword
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Karangan

Abstract
  • Kajian yang dijalankan ini adalah dengan tujuan untuk mengkaji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penulisan karangan. Seramai 20 orang sampel daripada kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang di Hulu Selangor telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah berdasarkan set soal selidik berdasarkan skala likert. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian merangkumi latar belakang responden yang melibatkan jantina dan bangsa, manakala bahagian B mengandungi soalan yang berkaitan dengan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penulisan karangan. Teori yang telah digunakan adalah berdasarkan model Taksonomi Bloom (1956) yang merupakan satu struktur hieraki yang dapat mengklasifikasikan kemahiran daripada peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan (SPSS) versi 20.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil dapatan kajian menunjukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penulisan karangan adalah berada ditahap yang sederhana. Kesimpulannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat memantapkan penulisan karangan terutama dalam bidang bahasa Melayu.

Reference
  • 1. Marlina Ali. (2006). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis di dalam kalangan Pelajar. Jurnal of Education. UTM.

    2. Mohd Azhar Abdul Hamid. (2010). Meningkatkan Daya berfikir. Benting: PTS Publication and Distribution Sdn Bhd.

    3. Hyerle (2007). A Language for Learning: Thinking Maps incorporated. North Carolina: Thinking Maps. Inc.

    4. N.S Rajendran (2000). Pengajaran kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kesediaan gru mengendalikan proses pengajaran dan pemebelajaran. Seminar projek KBKK. Poster ‘warisan pendidikan- wawasan’ anjuran pusat perkembangan kurikulum, KPM, dari 1 hingga 2 ogos.

    5. Pusat Perkembangan Kurikulum (2013). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.