Aplikasi Penilaian Impak Rapid Matrik (RIAM) Terhadap Projek Loji Rawatan Terma Sisa Klinikal
List of Authors
  • Abdul Rahman Mahmud

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Peningkatan jumlah sisa klinikal setiap tahun merupakan salah satu cabaran dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia. Penggunaan loji, rawatan terma bagi merawat sisa klinikal dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sisa klinikal. Walaubagaimanapun pelbagai isu timbul daripada penggunaan loji rawatan terma dan impaknya terhadap persekitaran menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan Rapid Impact Assessment Matrix (RIAM) bagi menilai pembangunan loji rawatan sisa klinikal terhadap komponen fizikal-kimia, biologi-ekologi, sosial dan ekonomi. Penggunaan RIAM dikenal pasti dapat membantu mengenal pasti impak positif dan negatif terhadap alam sekitar. Kajian ini mendapati nilai impak positif adalah melebihi impak negatif dalam pelaksanaan projek loji rawatan terma sisa klinikal. Dalam pembangunan projek loji rawatan terma impak kualiti udara, impak kesihatan manusia, risiko alam sekitar dan pencemaran air adalah isu utama yang perlu dikaji dengan mendalam didalam EIA. Kajian EIA perlu mengambil kira pelbagai senario termasuklah wabak pendemik serta kesannya terhadap operasi loji rawatan sisa klinikal. Kajian ini turut mencadangkan jururunding alam sekitar menggunakan RIAM sebagai amalan baik dalam penskopan kajian EIA.


Reference
  • No Data Recorded