Halangan penerbitan dalam kalangan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan: suatu kajian preliminari
List of Authors
  • Ali Salman , Aliah Ismail , Fauziah Ibrahim , Mastura Mahmud

Keyword
  • Halangan penerbitan, penyelidikan, pengajaran, jawatan akademik, pensyarah

Abstract
  • Kajian berkaitan dengan pengenalpastian halangan penerbitan dalam kalangan pensyarah merupakan satu aspek penting yang perlu dikaji kerana ia membantu menyediakan maklumat penting kepada pihak pengurusan tertinggi universiti untuk membantu menyediakan strategi bagi melonjakkan penerbitan dalam kalangan ahli akademik. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi halangan penerbitan dalam kalangan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 72 orang pensyarah yang sedang berkhidmat di FSSK, UKM telah dipilih sebagai responden kajian untuk tahun 2016. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan gambaran berkaitan dengan halangan yang dihadapi oleh pensyarah dalam menjalankan kerja-kerja penerbitan. Hasil kajian mendapati majoriti mereka yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pensyarah wanita (58.1%), pensyarah kanan Gred DS51/52 (49.3%) dan majoriti daripada mereka mengakui pernah mengetuai geran penyelidikan dalam tahun 2013 hingga 2016 (79.5%). Analisis kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa faktor bebanan pengajaran dan penyeliaan (min=2.99) merupakan faktor yang mencatatkan keputusan tertinggi menjadi halangan dalam kalangan pensyarah untuk menjalankan kerja-kerja penerbitan diikuti dengan faktor jawatan pentadbiran (min=2.91), faktor situasi diri pensyarah itu sendiri (min=2.76) dan faktor yang berkaitan dengan urusan penyelidikan (min=2.02). Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak pengurusan tertinggi universiti untuk mencapai hasrat menjadikan UKM sebagai universiti penyelidikan dan keperluan untuk menambahbaik dasar yang bersesuaian selaras dengan pencapaian matlamat universiti penyelidikan sepertimana yang disasarkan.

Reference
  • 1. Balakrishnan, M.S., 2013. Methods to increase research output: some tips looking at the MENA region, (ro.uow.edu.au/cgi/viewcontent.cgi?article=1521&context=dubaipapers)
    2. Blueprint, 2015. Malaysia Education Blueprint 2015 – 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya Malaysia
    3. Hariza Mohd Yusof dan Shaharudin Ismail, 2009. Cabaran Merealisasikan Penerbitan Ilmiah di Kolej Universiti Islam Malaysia. (ddms.usim.edu.my/handle/123456789/1542)
    4. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), 2012. Instrumen Malaysia Research Assessment (MyRA), (http://jpt.mohe.gov.my/IPT/MyRA.php)
    5. King, K., & McGrath, S., 2002. Globalisation, enterprise and knowledge: Education, training and development in Africa. United Kingdom: Symposium Books.
    6. Stromquist, N.K., 2002. Education in a globalized world: The connectivity of economic power, technology, and knowledge. Boston: Rowman & Littlefield Publishers.