Impak beban tugas terhadap prestasi kerja guru di Maktab Rendah Sains Mara
List of Authors
Faridah Mydin Kutty , Mohana Muniandy
Keyword
Impak, beban kerja, prestasi kerja, guru, MRSM
Abstract
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berprestasi tinggi mempunyai budaya kerja yang menekankan kepada prestasi dan kecemerlangan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti beban tugas guru di MRSM dan hubungannya dengan prestasi kerja guru. Kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada 76 orang guru. Kajian ini telah melihat tahap beban tugas guru yang dipengaruhi oleh tugas akademik dan bukan akademik. Data dianalisis menggunakkan statistik deskriptif dan inferensi. Bagi menjalankan kajian ini kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert 5 mata atau (1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Bersetuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju) telah digunakan. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh ialah 0.77 yang telah dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan juga inferensi. Data ini telah dianalisi melalui perisian "Statistical Package for Social Science" (SPSS) versi 22. Daripada analisis yang dijalankan, didapati tahap beban kerja pensyarah di MRSM yang paling tinggi adalah di bawah beban tugas bukan akademik iaitu memastikan pelajar untuk mematuhi peraturan di sekolah dengan nilai min 4.60. Manakala tahap prestasi kerja pensyarah di MRSM tinggi dengan nilai min 3.65. Analisis dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas guru dengan prestasi guru iaitu (r = 0.378, p = 0.000). Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak berkuasa Bahagian Pendidikan Latihan MARA (BPLM) dan pentadbir sekolah untuk membuat pertimbangan supaya ia boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk merangka perancangan awal serta pengagihan tugas para guru secara adil dan saksama. Dari sudut guru pula, kajian ini dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk menilai tahap beban tugas serta pengaruhnya terhadap prestasi mereka. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi kerjaya sesorang guru terutamanya dari segi prestasi guru.
Reference
1. Alexander Bruggen.2015 "An empirical investigation of the relationship between workload and performance", Management Decision, Vol. 53 Issue: 10, pp.2377-2389. Dicapai pada 10 April 2017 daripada https://doi.org.www.ezplib.ukm.my/10.1108/MD-02-2015-0063
2. Azreen Harina Azman et al (2016). Impak Beban Kerja Terhadap Prestasi Kerja Pensyarah: Kes Kajian Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza). Volume 5 Issue 1 2016 e-Academia Journal UiTMT (http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/).
3. Caroline.2016. Effects of Workload on the Teachers’ Performance in Kanduyi Division, ungoma District International Journal of Science and Research (IJSR) ISSN (Online): 2319-7064 Index Copernicus Value (2013): 6.14 | Impact Factor (2015): 6.391Volume 5 Issue 10, October 2016. Dicapai pada 31 Oktober 2018 daripadahttps://www.semanticscholar.org/paper/Effects-of-Workload-on-the-Teachers-’-Performance
4. Eka. 2015. Isu Tekanan Dan Beban Tugas Guru. Open University Malaysia, Education and Languages. Dicapai pada 27 November 2018 daripadahttps://www.academia.edu/11255966/Isu_Tekanan_dan_Beban_Tugas_ Guru
5. Idde gwambombo .2013. The effect of teachers’ workload on students Academic performance in Community secondary schools. University of Tanzania. . Dicapai pada 15 Oktober 2018 daripada http://repository.out.ac.tz/913/1/IDDE%2C_GMhuruma_-_EXERNAL_- OUT.doc_gabriel.pdf
6. Noel.2016. Status of Teachers’ Workload and Performance in State Universities of Eastern Visayas: Implications to educational Management. IOSR Journal of Business Management (IOSR-JBM). e-ISSN:2278-487x. Volume 18, Issue 6.
7. Norashid & Hamzah.2014. Beban Tugas Dan Motivasi Pengajaran Guru Di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers)Vol. 5, pp. 35-57, ISSN 1985-3637. Dicapai pada 11 Januari 2017 daripada www.jpp.edu.my/index.php/journal/full/jpp5_3.pdf
8. Norma.2010. Teacher Workload: A Formula for Maximizing Teacher Performance and Well-Being. Walden University.
9. Nourished & Hamzah.2014. Beban Tugas Dan Motivasi Pengajaran Guru Di Sekolah
10. Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers)Vol. 5, pp. 35-57, ISSN 1985-3637. Dicapai pada 11 Januari 2017 daripada www.jpp.edu.my/index.php/journal/full/jpp5_3.pdf
11. Mohammad Najib. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan, Johor: Penerbit UTM Press.
12. Rusinah.2016. The Mediating Role of Job Satisfaction on the Relationship Between Work Alienation and Job Performace. Universiti Tenaga Nasional.
13. Uma Sekaran.2009. Research Methods for Business. A skillbuilding approzh (5th ed). John Wiley and Sons LTd.
14. Sabariah Begum Chik (2014). Stress outcome among Malaysian School Teachers: A case of Small Town. Proceeding of 4th Terengganu International Business and Economic Conference, Kuala Terengganu, Malaysia. 25-27 Sept.
15. Shah et.al .2017. Workload and Performance of Employees. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business, 3(5): 256-267
16. Siti et. Al (2017) Work Related Stressor and Job Performance among Secondary School Teachers in Malaysia. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences.
17. Zainab. 2015. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Kerja Dalam Kalangan Staf Sokongan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2ndICoMM) 16th – 17th November 2015, e-ISBN: 978-967-0850-25-2. .Dicapai pada 18 September 2018 daripada http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files6/ jsass_vol4bil1_007_syaharuddin.pdf