Fakta cerita dan struktur plot filem aksi Malaysia: analisis filem Lari (2013)
List of Authors
  • Mohd. Nor Shahizan Ali , Zairul Anuar Md.Dawam

Keyword
  • Filem aksi, fakta cerita, elemen naratif, struktur plot, blake synders, struktur tiga babak

Abstract
  • Artikel ini menganalisis elemen naratif iaitu fakta cerita (tema, watak dan latar dan plot) dan struktur plot filem bergenre aksi di Malaysia iaitu Lari (2013) arahan Ahmad Idham. Analisis ini menggunakan fakta cerita yang dikemukakan oleh Robert Stanton (1965 dan 2007) dan struktur plot yang diperkenalkan oleh Syd Field (1979 dan 2005) iaitu Paradigma Syd Field dan Blake Synder melalui bukunya bertajuk Save the Cat!: The Last Book on Screenwriting You'll Ever Need (2005). Selain itu penggunaan titik-titik plot (plot point) dalam struktur plot juga akan dianalisis bagi melihat susunan adegan yang mempengaruhi keseluruhan perkembangan cerita. Ia juga menganalisis bagaimana struktur plot kedua-dua buah filem tersebut membantu mewujudkan unsur debaran dan kejutan bersesuaian dengan filem bergenre aksi. Artikel ini diharap dapat memberi penerangan mengenai kepentingan fakta cerita dan struktur naratif dalam filem bergenre aksi. Ia juga dapat memberi panduan kepada para penulis skrip dan pembikin filem untuk mencipta adegan-adegan yang sesuai mengikut titik-titik plot yang dicadangkan oleh struktur plot tersebut. Ini bagi memastikan cerita yang disampaikan mempunyai elemen dan struktur plot yang baik dan mampu menarik minat audien untuk menonton sesebuah filem aksi.

Reference
  • 1. Burhan Nurgiantoro,. 1995. Teori Kajian Fiksi. Yogyakarta : UGM Press. Filem Lari. 2013. Excellent Pictures Sdn Bhd.
    2. FINAS. Tayangan Filem Cereka 2011. http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/. Muat turun 2017.
    3. FINAS. Tayangan Filem Cereka 2012. http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/. Muat turun 2017.
    4. FINAS. Tayangan Filem Cereka 2013. http://www.finas.gov.my/malaysian-box-office/. Muat turun 2017
    5. Kemalia Othman. 2013. Filem Lari Ditayang Di Festival Filem Cannes, Perancis. 17 Mei, Mstar
    6. Kenney, William. 1966. How to Analyze Fiction. New York: Monarch Press.
    7. Panuti H. M Sudjiman. 1988. Memahami cerita rekaan. Indonesia: Pustaka Jaya.
    8. Raziatul Hanum A. Rajak. 2013. Ahmad Idham tak kejar anugerah antarabangsa. Sinar Harian, 21 Mei. http://www.sinarharian.com.my. Muat turun 22 Mei 2017.
    9. Raziatul Hanum A. Rajak. 2013. Lari cabaran besar buat Aaron, Dira dan Erin. Sinar Harian, 19 Mei. http://www.sinarharian.com.my/hiburan. Muat turun 22 Mei 2017.
    10. Roberts, E. V. & Jacobs, H. E. 2010. Literature: An Introduction To Reading And Writing. New York: Longman/Prentice-Hall.
    11. Stanton, R. 1965. Introduction to Fiction. Holt, Rinehart & Winston of Canada Ltd.
    12. Stanton, R. 2007. Teori-teori fiksi Ribert Stanton. Indonesia: Pustaka Pelajar.
    13. Wellek, Rene & Austin, Warren. 1998. Teori Kesusasteraan. Terj. Wong Sen Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    14. Wharton, David & Grant, Jeremy. 2005. Teaching Analysis of Film Language. British Film Institute.
    15. Zairul Anuar Md. Dawam. 2016. Laporan Penyelidikan FRGS. Elemen dan struktur naratif. UMS : Belum terbit.