Melaporkan carta pai dalam bentuk penulisan merupakan kemahiran menulis yang perlu dikuasi oleh pelajar tahun 7 di negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pelajar tahun 7 masih menghadapi masalah ini disebabkan pelajar kurang kritis dalam memahami, menganalisis dan mengolah serta menghuraikan terutamanya isi tersurat dan tersirat yang dinyatakan dalam carta pai. Oleh demikian, kajian ini meneroka penggunaan peta pelbagai alir I-Think Sebab-Akibat dalam meningkatkan kemahiran merumuskan carta pai pelajar tahun 7. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penggunaan peta I-Think tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran merumuskan bahan grafik. Kajian ini merupakan kajian tindakan berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Hasil dapatan kajian menunjukkan peta I-Think Sebab-Akibat telah membantu pelajar membaca dan menulis isi rumusan carta pai secara terancang, membantu pelajar meneliti, menafsir dan menerangkan maklumat yang tersurat dan isi tersirat. Selain itu, pelajar juga memberikan respons yang positif ketika ditemu bual mengenai penggunaan peta I-Think Sebab-Akibat dalam merumusakan carta pai. Pelajar juga menunjukkan minat untuk menggunakan peta I-Think dalam aspek lain dalam pengajaran bahasa Melayu seperti fahaman, simpulan bahasa, tatabahasa, peribahasa dan karangan selain merumuskan carta pai.