Kebolehcapaian khidmat bantu di rumah di luar bandar: perspektif kerja sosial komuniti
List of Authors
  • Khadijah Alavi

Keyword
  • Khidmat bantu di rumah, warga emas, keperluan penjagaan, sukarelawan, peranan pekerja sosial

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti keperluan penjagaan yang diperlukan oleh warga emas melalui Program Khidmat Bantu di Rumah dalam komuniti di luar Bandar. Objektif utama kajian adalah bagi mengkaji kebolehcapaian Program Khidmat Bantu di Rumah serta peranan pekerja sosial dalam meningkatkan kualiti program tersebut. Kajian berbentuk kualitatif telah dijalankan di sekitar daerah Kampung Gajah, Perak dan seramai 10 orang responden telah dipilih secara snow ball untuk ditemubual secara mendalam. Analisis yang digunakan ialah tematik dan interpretasi data secara manual dalam proses penulisan. Penemuan hasil kajian mendapati keperluan responden adalah bagi meningkatkan kesejahteraan warga emas iaitu keperluan dari segi mobiliti, penjagaan kesihatan, kewangan, sosial dan penjagaan emosi. Manakala, hasil kajian daripada aspek kebolehcapaian program tersebut dapat dianalisis melalui keperluan mobiliti warga emas, penjagaan kesihatan, sosial, emosi dan kemahiran sukarelawan dalam penjagaan warga emas yang mana ianya dapat dipenuhi melalui Progam Khidmat Bantu di Rumah. Kajian ini merumuskan bahawa peranan pekerja sosial amat penting bagi meningkatkan kualiti Program Khidmat Bantu di rumah dalam penjagaan warga emas di luar bandar serta tindakan wajar yang perlu diambil oleh pihak yang berkepentingan bagi memenuhi keperluan yang diperlukan oleh warga emas terutama yang tinggal di luar bandar.

Reference
  • 1. Abdul Aziz Jemain, Rahimah Abd. Azizi & Lukman Z. Mohamad. 2000. Warga Tua: Isu dan Fenomena. Bangi: Pusat Penerbitan dan Teknologi Pendidikan UKM
    2. Adams, K. B., Sanders, S., & Auth, E.A. (2004). Loneliness and depression in independent living retirement communities: Risk and resilience factors. Aging and Mental Health, (8), 475-485.
    3. Asnarulkhadi Abu Samah. 2006. Sokongan Sosial Warga Tua: Satu Kajian Rol Famili. Monograf Institut Gerontologi. Serdang: Universiti Putra Malaysia
    4. Cox, H. G., 1996. Later Life: The Realities Of Aging. Fourth Edition. New Jersey: Prentice Hall. Dewan Rakyat Malaysia. 2012. Teks Ucapan Bajet Tahun 2013. Jumaat 28 September 2012.
    5. Drageset, J. 2004. The Importance of Activities of Daily Living and Social Contact For Loneliness: A Survey Among Residents in Nursing Himes. Scandinavian Journal Of Caring Science, 18 (1): 65-71
    6. Elis, J. E. 2006. The Implications of History. Energize Inc. http://www.energizeinc.com [12 Mei 2012]
    7. Institute For Volunteering Research (IVR). 2014. Review of Evidence on the Outcomed of Youth Volunteering Social Action and Leadership. http://www.thirdsectorimpact.eu/site/assets/uploads/page/documents-for-researchers/TSI_impact-report_sports-leaders-literature-review-dec-2014.com [December 2014]
    8. Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2013. Lapran Garis Panduan Program Khidmat Bantu di Rumah. [Mei 2013]
    9. Kementerian Belia dan Sukan. 2013. RM100 Juta untuk Mantapkan Aktiviti Kesukarelawanan. http://www.kbs.gov.my/IM4U [5 Ogos 2013].
    10. Khadijah Alavi & Rahim M. Sail. 2010. Peranan Wanita dalam Proses Penjagaan Ibu Bapa Tua : Dilema dan Cabaran dalam Era Globalisasi. Kajian Malaysia, 28 (2).
    11. Khadijah Alavi. 2007. Pengalaman Anak Dewasa Berpendapatan Rendah yang Menjaga Ibu bapa Tua: Satu Pendekatan Berteraskan Pendidikan Komuniti. Kajian Malaysia. 20 (2)
    12. Rahimah AbdulAziz. 2000. Kepentingan Perancangan Penjagaan Warga Tua. Warga Tua Isu dan Fenomena, eds. Abdul Aziz Jemain, Rahimah Abdul Aziz dan Lukman Z. Mohamad. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    13. Siti Marziah Zakaria, Khadijah Alavi & Nasrudin Subhi.(2013). Risikio Kesunyian Dalam Kalangan Warga Tua di Rumah Seri Kenangan. Journal of Psychology & Humanities Development.1, 49-56.
    14. Syed Barkat Syed Ali, 2007. The USIAMAS Home Help Project, dalam National Population Conference “Demoghraphic Window for Development: Opportunities and Challenges”, Kuala Lumpur.
    15. Wan Ibrahim Wan Ahmad & Zainab Ismail. 2003. Mengenali Warga Tua Desa di Malaysia: Profil Sosial dan Pengaturan Tempat Kediaman. Journal of Governance and Development, 6, 22-39.
    16. Zulkifly Ramli. 2015. Seminar Home Help Peringkat Zon Timur Tahun 2015. Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu www.jkm.gov.my/jkm/.../2015/teksUcapanKPKM19042015.pdf [19 April 2015]