Pendidikan STEM, masyarakat, pendekatan pengajaran
Abstract
Pendidikan STEM semakin mendapat perhatian berikutan keperluan masyarakat masa kini yang bergantung kepada teknologi, inovasi dan pemikiran saintifik. Namun, pelaksanaannya masih berdepan cabaran ketara melibatkan jurang sosioekonomi, ketidaksamaan gender dan pendekatan pedagogi yang kurang inklusif serta tidak kontekstual. Sehubungan itu, Tinjauan Literatur Sistematik ini dilaksanakan bagi meneroka pendekatan, impak dan cabaran utama pendidikan STEM dalam masyarakat. Menggunakan protokol PRISMA, sebanyak 64 artikel terbitan 2018 hingga 2025 dari pangkalan data dalam talian telah dipilih dan dianalisis secara sistematik. Dapatan menunjukkan bahawa pelbagai pendekatan seperti gamifikasi dan pembelajaran aktif, latihan mentor dan Kem STEM, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek (PBL). Antara impak yang dikenal pasti seperti domain afektif dan psikososial, kognitif, pembangunan profesional dan sosial. Walau bagaimanapun, isu seperti kegagalan pelajar, kekurangan minat dan motivasi, ketaksamaan gender, penglibatan sosial, pemikiran saintifik dan literasi terhad terus menjadi cabaran utama kepada keberkesanan pendidikan STEM. Kajian ini juga membincangkan keperluan pendidikan STEM yang inklusif dan sensitif budaya termasuk penggunaan bahasa ibunda dan pendekatan responsif jantina bagi memastikan penyertaan setara dalam kalangan komuniti terpinggir. Hasil kajian ini menyediakan asas penting untuk pembangunan dasar, reka bentuk kurikulum berasaskan komuniti serta inovasi pedagogi yang lebih inklusif bagi memastikan pendidikan STEM dapat dilaksanakan secara mampan dan relevan dalam masyarakat pelbagai latar.