Trend pengundian dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Pilihan raya umum, pola pengundian, strategi politik, pengundi, demokrasi, tsunami politik, sekat dan imbang

Abstract
  • Pilihan Raya Umum ke-13 (2013) merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Malaysia sehingga disifatkan oleh sarjana politik sebagai mother of election atau ‘ibu segala pilihan raya’ di Malaysia. Hal ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah pihak pembangkang mempunyai peluang yang hampir seimbang dalam memenangi pilihan raya tersebut. Justeru, artikel ini akan melihat dan menganalisis trend pengundian yang berlaku dengan menggunakan data agregat keputusan PRU 2013. Keputusan pilihan raya di peringkat kerusi Parlimen menunjukkan pengurangan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional apabila hanya memenangi 133 kerusi (60 peratus) berbanding 140 kerusi dalam PRU 2008. Ini sekaligus bermaksud Barisan Nasional gagal mendapatkan kembali mandat majoriti dua per tiga kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen sebagaimana ‘tsunami politik’ dalam PRU 2008. Namun yang menariknya undi popular berpihak kepada Pakatan Rakyat apabila memperolehi 51 peratus berbanding Barisan Nasional hanya memperoleh 47 peratus. Keputusan sedemikian menunjukkan sistem demokrasi masih dipraktikkan di negara ini. Justeru, BN selaku pemerintah pusat perlu melakukan sesuatu, mungkin mereformasikan strategi politik dan pemimpin mereka ke arah menawan semula hati pengundi yang tidak menyokong mereka agar mendapat mandat yang lebih kukuh iaitu majoriti 2/3 kerusi Parlimen seterusnya menawan semula ‘negeri-negeri kaya’ iaitu Selangor dan Pulau Pinang pada PRU akan datang. Bagi parti-parti pembangkang pula, ruang demokrasi yang ada perlu dimanfaatkan sebaikya di samping dapat memainkan peranan ‘sekat dan imbang’ untuk manfaat rakyat di negara ini.

Reference
  • 1. Abdul Hamid Abdullah (1995) Ragam Pengundi di Malaysia: Satu Tinjauan Awal Kertas Seminar Anjuran Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia.
    2. Amir Hasan Dawi (2013) Pola Pengundian di Perak dalam PRU-13. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (Editor). PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia
    3. Amer Saifude Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman (2011) Pilihan Raya Umum ke 12: Tinjauan Mengenai Corak Pengundian. Dalam Joseph M. Fernando, Zulkanain Abdul Rahman dan Suffian Mansor. Pilihan Raya Umum Malaysia ke 12, Isu dan Pola Pengundian. hlm. 51-71. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    4. Amer Saifude Ghazali (2013) Analisis dan Pola Pengundian. Dlm. Mohammad Redzuan Othman & Amer Saifude Ghazali. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009. Kuala Lumpur: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
    5. Anuar Sheikh Ali (1987) Kesedaran, Sikap dan Tindakan Politik di Kalangan Komuniti Melayu: Satu Kajian Kes di Kampung Majidi, Johor Bahru. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi.Universiti Kebangsaan Malaysia (Tidak diterbitkan).
    6. Berita Harian, 7 Mei 2013.
    7. Boey Chin Gan (1992) MCA atau DAP yang mendapat sokongan kaum Cina? Satu Tinjauan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman (N10). Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    8. Faridah Shaari (1997) Sikap, Kesedaran dan Partisipasi Politik dalam Kalangan Anggota Tentera. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan).
    9. Funston, N.J. (1980) Malay Politics in Malaysia: A Study of the United Malays National Organisation and Party Islam. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia).
    10. Goo Lee Ping (2002) Kemenangan berterusan DAP di Parlimen Kota Melaka. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia. http://keputusan.spr.gov.my/#home.
    11. Idris Aman (2014) Manifesto Pilihan Raya dan Prestasi Parti Politik Utama Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-13: Suatu Analisis Linguistik. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 10: 65-82.
    12. Ismail Kassim (1979) Race Politics And Moderation: A Study Of The Malaysian Election Process. Singapore: Time Book International.
    13. Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2013) Pola Pengundian Dalam Pilihan Raya Kecil 2009-2011 Di Malaysia. Dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (Editor). PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    14. Junaidi Awang Besar & Mazlan Ali (2014) Dari Barisan ke Pakatan: Berubahnya Dinamiks Pilihan Raya Umum Kuala Lumpur 1955-2013 Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 10: 65-82.
    15. Junaidi Awang Besar & Mazlan Ali (2016) Kebangkitan PAS di Terengganu. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail, Sity Daud (Editor). Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    16. Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2009) Pola Politik Mengikut Kaum Di Kawasan Parlimen Bukit Gantang (P059). Kertas Kerja Seminar Malindo-Nusantara (I). The Hills Bukittinggi Hotel, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Anjuran Universitas Andalas (UNAND), Padang, Sumatera Barat, Indonesia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 16-17 Disember.
    17. Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2016) Peranan Pengundi Melayu Dalam Pengukuhan Hegemoni Politik UMNO Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Kerdau an Merlimau. Dlm. Maslida Yusof, Mohamad Rodzi Abd Razak, Mohammed Azlan Mis & Yusmilayati Yunos (Editor). Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah, Politik dan Keselamatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    18. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek, Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Mohd Faidz Mohd Zain (2010a) Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Hulu Selangor 2010: Politik Pembangunan dan Pola Pengundian. Kertas Kerja Asia Pacific Conference (APC) On History, Politics & Strategic Studies And Climate Change. At Faculty Of Social Sciences And Humanities (FSSK) And Senate Room, UKM 29-30 November.
    19. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek, Yahaya Ibrahim, Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Khaidzir Hj. Ismail (2010b) Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak. Jurnal E-Bangi. 5(1): 26-37.
    20. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain (2011a) Kajian budaya politik Melayu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Melayu. (8)2011: 153-172.
    21. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain (2011b) Trend Pengundian Etnik Melayu Dan Cina/Tionghoa dalam Pilihan Raya 2009-2011 di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Internasional Serumpun Melayu (SERUMPUN) 2011 Anjuran Fakultas Ilmu Budaya (FIB) Universitas Hasanuddin (UNHAS) Makassar Dengan Kerjasama Universitas Hasanuddin Indonesia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.8-9 Jun.
    22. Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah, Mazlan Ali & Ahmad Rizal Mohd Yusof (2014a) Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: Suatu Analisis ‘Tsunami Politik Bandar’. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 10: 28-38.
    23. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Sity Daud (2014a) Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan: Senario, Pola Dan Impak. Kertas Kerja Seminar Pilihan Raya Kecil (PRK) Pasca PRU 2013. Projek Khas Nasional (Media, Demokrasi dan Sistem Elektoral), Majlis Profesor Negara dan Unit Penyelidikan Elektoral, UIAM. Meetings@Bunga Rooms (Kenanga and Melor), Aras 3, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. 13 November.
    24. Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali & Mohd Fuad Mat Jali (2014b) Analisis Pilihan Raya Kecil (PRK) 2013-2014 di Malaysia dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pilihan Rasional, Teori Identifikasi Parti dan Model Sosiologi. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia Ke-8 (PAHMI8) (The 8th International Conference On Malaysia-Indonesia Relations). Anjuran dan Tempat: Fakultas Hukum, Universitas Lancang Kuning (Unilak), Pekanbaru, Riau, Indonesia. 23-25 September.
    25. Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Mohd Fuad Mat Jali, Ahmad Rizal Mohd Yusof & Muhammad Hazim Abd Ghani (2015) Calon Lama Vs Calon Muda Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh 2015. 2nd International Conference On Human Sustainability (INSAN 2015). In The Royale Bintang Resort And Spa, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Hosting By Faculty Of Science, Technology & Human Development, University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. 19-20 October.
    26. Kamsaini Hassan (1995) Pola Tingkahlaku Pengundi Melayu Kelantan: Kajian Kes di kawasan Parlimen Kota Bharu dan Pasir Mas. Latihan Ilmiah Jabatan Geografi, UKM (tidak diterbitkan). Khong Kin Hong (1991) Federalisme dan integrasi nasional. Kertas kerja Seminar Politik iv, UKM Bangi, Selangor.
    27. Kuek Ser Kuang Keng (2012) By-Election 4: P59 Bukit Gantang, Perak (March 29-April 7, 2009. InWong Chin Huat & Soon Li Tsin (Edtr). Democracy at Stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).
    28. Lau Wan Leong (1983) Peranan MCA daan DAP sebagai parti politik pejuang kepentingan kaum Cina selepas 1969. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    29. Leow Pek Yee @ Loh Pek Yee (2001) Pilihan raya 1999: tingkahlaku pengundi Cina di Sri Kembangan. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    30. Lim Liang Huat (1990) Penilaian pilihan raya kecil kawasan Parlimen Ampang Jaya tahun 1989: Satu kajian perhubungan unsur kelas sosial dan unsur perkauman. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    31. Lim Kok Hong (2012) Realistik politik orang Cina. Dlm Pemikir. Januari-Mac. Bangi: Utusan Karya Sdn Bhd.
    32. Majelar Mamat (1993) Sumbangan Wanita Dalam Pilihan Raya: Kajian Kes di Kawasan Parlimen Nilam Puri (P 22), Kelantan. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan).
    33. Markus Lim Han King (2010) MCA bukan lagi wadah orang Cina? Dlm Pemikir. Oktober-Disember. Bangi: Utusan Karya Sdn Bhd.
    34. Markus Lim Han King (2012) Antara Amarah Cina, amarah rakyat. Dlm Pemikir. Januari-Mac. Bangi: Utusan Karya Sdn Bhd.
    35. Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon & Mohd Faidz Mohd Zain (2014a) ‘Realignment’ Pengundi Cina dalam PRU Ke-13. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 10: 54 – 64.
    36. Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Muhammad Hazim Abd Ghani & Muhammad Nurluqman Mohd Zin (2014b) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor: Analisis Terhadap Kempen, Isu, Persepsi Terhadap Dasar Kerajaan dan Keputusan PRK. Kertas Kerja International Conference On Social Sciences And Humanities (ICOSH) 2014. Host and at Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. 10-13 November.
    37. Mohd. Safar Hasim (1995) “Ke Mana Arah Parti Pembangkang?” Kertas Seminar Politik Dan Pilihan Raya Di Malaysia.UKM.19 Julai 1995.
    38. Mc Gee, T. G. (1962) The Malayan elections of 1959: A study in electoral geography. The Journal of Tropical Geography. 16: 70-99.
    39. Muhammad Fauzi Othman, Muhammad Fuad Othman. Zaheruddin Othman. Jamaludin Mustafa (2003) Penyertaan Politik Masyarakat Dalam Pilihan Raya: Kajian Kes Pilihan Raya Umum Ke-10 1999 di Negeri Johor. Jurnal Kemanusiaan. hlm 178-199. Jabatan Bahasa Moden. Fakulti Perhubungan Antarabangsa. Universiti Utara Malaysia.
    40. Muhammad Hazim Abdul Ghani, Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali (2016) Isu dasar kerajaan dalam politik pengundi pasca Pilihan Raya: Kajian kes DUN Teratai, Pandan, Selangor Darul Ehsan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space. 12(4): 34 – 45.
    41. Mujibu Abd Muis, Zaliha Hj. Hussin & Badrul Azmier Mohamed@Bakar (2013) Perubahan Generasi dan Perkembangan Demokrasi di Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum ke-12. Political Managements and Policies in Malaysia. Hlm 411-442.
    42. Ramanathan Sankaran & Mohd. Hamdan Adnan (1988) Malaysia’s 1986 General Election: The Urban Rural Dichotomy. Singapore: Institute Of Southeast Asia Studies.
    43. Samsudin A. Rahim (2010) Media, Demokrasi dan Generasi Muda: Analisis Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12. Malaysian Journal of Communication. 26(2): 1-15.
    44. Samsiyah Ismail (1996) Tingkah Laku Pengundi Bandar dan Luar Bandar Bagi Pilihan Raya 1986, 1990, 1995 di Negeri Kelantan. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan).
    45. Sarip Ismail (1982) Penyertaan Politik Dalam Kalangan Masyarakat Desa: Satu Kajian Kes Di Kampung Ulu Atok, Raub. Latihan Ilmiah. Jabatan Sains Politik. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan).
    46. Siti Noranizahhafizah Boyman & Jayum Anak Jawan (2016) Kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail, Sity Daud (Editor). Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    47. Sothi Rachagan (1982) Geografi Politik. Dlm. Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    48. Tan Heng Huat, William (1992) Politik perkauman di Kota Melaka: Satu analisa daripada pilihanraya umum dari tahun 1969 hingga 1990. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    49. Teh Ting Ting (1996) Trend Pengundian Kaum Cina di Pulau Pinang. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    50. Thock Ker Pong (2012) A Chinese dilemma. Dlm Pemikir.Januari-Mac. Bangi: Utusan Karya Sdn Bhd.
    51. Vasil, R.K. (1972) The Malaysian General Election of 1969. Singapore: Oxford University Press.
    52. Wong Pooi Ling (2001) Perilaku pengundi Cina dalam pilihanraya 1999: satu kajian kes di DUN Rahang, Negeri Sembilan. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    53. Zakry Abadi (1990) Analisis Pilihan Raya Umum 90. Kuala Lumpur: MYZ Sdn. Bhd.