Korelasi antara Pendedahan Kepada Pendidikan Perlembagaan Dan Tahap Kefahaman Terhadap Sistem Undang-Undang Negara Dalam Kalangan Pelajar Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM
List of Authors
Nor Syamilah Md Zin, Norfiza Apfandi
Keyword
Pendidikan Perlembagaan Negara, Kefahaman Sistem Perundangan, PERMATA@Pintar Negara
Abstract
Pendidikan perlembagaan berperanan penting dalam membentuk literasi undang undang serta kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda. Kajian ini meneliti hubungan antara pendedahan kepada pendidikan perlembagaan dan tahap kefahaman terhadap sistem undang-undang negara dalam kalangan pelajar Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Menggunakan reka bentuk kuantitatif, soal selidik berstruktur diedarkan kepada pelajar berusia 16 hingga 20 tahun bagi mengukur tahap pendedahan, pemahaman undang-undang serta faktor sokongan pembelajaran. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi Pearson untuk menentukan kekuatan serta arah hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendedahan kepada pendidikan perlembagaan dan kefahaman terhadap sistem undang-undang, menunjukkan bahawa peningkatan akses kepada kandungan perlembagaan mampu meningkatkan literasi undang-undang pelajar. Kajian ini menegaskan kepentingan integrasi sistematik pendidikan perlembagaan dalam kurikulum sekolah menengah serta menawarkan implikasi terhadap pembangunan modul pembelajaran undang undang yang lebih komprehensif dan berkesan. Hasil kajian juga menyumbang kepada perbincangan akademik mengenai literasi perundangan remaja serta strategi pengukuhan budaya kenegaraan dalam konteks pendidikan Malaysia.