Penggunaan teknologi telah memberi harapan baharu dalam mengatasi cabaran pengajaran dan pembelajaran akademik dengan kemahiran kerjaya. Pembelajaran menggunakan aplikasi teknologi Corona SDK dalam pendidikan merupakan inovasi baru sesuai dengan Pendidikan abad ke-21 terutamanya dalam pembelajaran perumpamaan Iban. Namun demikian, ramai guru Bahasa Iban mengalami kesukaran mentafsir maksud perumpamaan menjadikan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurang berjaya kerana penggunaan perumpamaan tersebut semakin jarang digunakan dalam masyarakat Iban pada masa kini. Implikasinya, murid masih lemah dan kurang memahami maksud perumpamaan yang diajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan minat murid dalam pembelajaran perumpamaan Bahasa Iban menggunakan aplikasi teknologi Corona SDK. Borang soal selidik diberikan kepada 59 orang murid Tingkatan Satu yang mengambil mata muridan Bahasa Iban di sebuah sekolah di Sri Aman, Sarawak. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) untuk mendapatkan tahap pengetahuan murid terhadap perumpaamaan dan amalan, minat serta sikap terhadap penggunaan aplikasi teknologi Corona SDK. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan murid terhadap perumpaamaan adalah baik iaitu dengan min p>0.5 iaitu 0.772. Amalan, minat serta sikap terhadap penggunaan aplikasi teknologi Corona SDK juga berada dalam min yang sama iaitu 0.772. Sehubungan itu, pengetahuan dan minat murid dalam pembelajaran perumpamaan adalah baik. Kajian seterusnya perlu dilaksanakan secara berterusan mengikut arus kemodenan dalam dunia pendidikan bagi meningkatkan pengetahuan guru dan murid terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.