Penerokaan sabab Nuzul Āyah Juzuk Al-Quran ke-4 dalam tafsir tarjuman Al-Mustafid menurut perspektif genetik
List of Authors
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff

Keyword
  • Tafsīr Tarjumān al-Mustafīd, sabab nuzul āyah, pendekatan genetik, juzuk al-Quran ke-4

Abstract
  • Para ulama mentakrifkan peristiwa di sebalik penurunan ayat-ayat Al-Quran sebagai sabab nuzul āyah. Ilmu mengenai sabab nuzul āyah merupakan perkara penting yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam khususnya pelajar-pelajar al-Quran. Al-Fansuri, A. R. ketika menulis Tafsir Tarjuman al-Mustafid telah memasukkan data mengenai sabab nuzul āyah dalam mentafsirkan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun begitu, beliau tidak mengklasifikasi atau memberi petunjuk yang jelas tentang data-data sabab nuzul āyah dalam karya ini. Sungguhpun terdapat sabab nuzul āyah yang diisyaratkan olehnya. Namun, isyarat ini tidak menyeluruh dan mencakupi semua sabab nuzul āyah. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka dan mendedahkan data-data berkaitan sabab nuzul āyah tersebut yang terdapat dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid. Untuk mengenal pasti data, penyelidik menggunakan pendekatan genetik dalam kajian bandingan yang diperkenalkan oleh Goldman (1967). Kajian ini juga hanya tertumpu kepada juzuk al-Quran ke-4 dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid sebagai usaha awal ke arah memperhalusi isi kandungan karya Tafsir Tarjuman al-Mustafid dan seterusnya akan diperluas kepada juzuk-juzuk al-Quran yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 11 sabab nuzul āyah yang terdapat dalam juzuk al-Quran ke-4 dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid. Diharapkan pendedahan data-data sabab nuzul āyah ini dapat membantu masyarakat menambah input dan ilmu pengetahuan mengenai kandungan karya Tarjuman al-Mustafid.

Reference
  • 1. Al-Fansuri, A. R. (1981). Tafsir Tarjuman al-Mustafid, Singapura: Perpustakaan Negara.

    2. Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. 16th edition. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

    3. al-Baydawi, N. A. U. (1997). Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-Takwil, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

    4. Ali Hasyimi. (1980). Banda Aceh Darussalam Pusat Aktiviti Sains dan Kebudayaan, in Ismail Suni Bunga Rampai Tentang Aceh. Jakarta: Penerbit Bathara Karya Aksara.

    5. al-Jalalayn, J. M., J. S. (n.d). Tafsir al-Jalalayn, al-Qahirah: Dar al-Hadis.

    6. al-Khazin, A. M. (2004). Tafsir al-Khazin, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    7. Goldmann, L. (1967). The Sociology of Literature: Status and Problems of Method, International Social Science Journal, Volume XIX, no. 4, 1967: 493-516, vol. XIX, no. 4, 1967: 493-516.

    8. Hidayatullah & Elit, E. (2010). Sumbangan Abd al-Rauf al-Singkili Dalam Bidang Hadis: Analisis Teks Pilihan al-Mawā’iz al-Badī’ah. Kuala Lumpur: Department of al-Quran and Hadith, University of Malaya.

    9. Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka, in Lingua Didaktika, Jilid 4 No 2, Desember 2011, hlm. 114-125.

    10. Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.

    11. Sitepu, G. (2009). Strukturalisme Genetik Asmaraloka, Medan: Universitas Sumatera Utara

    12. Sohaimi A. Z. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    13. Muradi, S. (1988). Teori Kemasukan, dalam Konsep dan Pendekatan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    14. Junus, U. (1986). Sosiologi Sastera: Persoalan Teori dan Metode, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    15. Mujizah. (2012). Metasastra, Bandung: Alqa Print

    16. Yusoff, Z. M. & Abdullah, W. N. (2005). Tarjumān al-Mustafīd: Satu Analisa Terhadap Karya Terjemahan. Kuala Lumpur: University of Malaya.