Keberkesanan Program Jana Elektrik dari Matahari dalam Meningkatkan Minat dan Pemahaman Pelajar Terhadap Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)
List of Authors
Ainnur-Sherene Kamisan, Farah Liyana Muhammad Khir, Hedzlin Zainuddin, Mohd Fauzi Maulud, Mohd Husairi Fadzilah Suhaimi, Mohd Zaki Mohd Yusoff, Nur Hamizah Mohd Zaki, Nurmalessa Muhammad, Ruziana Mohamed, Siti Nurbaya Supardan, Suraya Ahmad Kamil, Syafawati Nadiah Mohamed
Keyword
Kit Solar, Pelajar Sekolah, Tenaga Matahari, Tenaga Elektrik, Bidang STEM
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan Program Jana Elektrik dari Matahari, anjuran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, dalam meningkatkan minat pemahaman, dan sikap pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Program ini melibatkan beberapa sesi merangkumi ceramah, sesi praktikal menggunakan kit solar, dan perbincangan bersama fasilitator, bagi tujuan memupuk kesedaran mengenai tenaga hijau serta membina pemahaman tentang teknologi solar. Berdasarkan soal selidik, terdapat peningkatan signifikan minat pelajar terhadap tenaga solar daripada 9.3% kepada 36.9%, sementara pemahaman terhadap penghasilan tenaga solar dan gaya hidup mesra alam masing-masing mencapai 96.3% dan 94%. Aktiviti praktikal secara langsung telah membina kemahiran teknikal dan kefahaman terhadap konsep kelestarian tenaga. Kajian ini mencadangkan pendekatan interaktif berimpak tinggi melalui perkongsian ilmu antara pakar dan masyarakat terutamanya pelajar sekolah adalah berpotensi dalam menyemai kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam bidang STEM, menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dari peringkat persekolahan, serta meningkatkan kesedaran tentang isu tenaga hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah