Peranan dan Ciri-Ciri Hamzah dan Alif
List of Authors
  • Asma’ Ammar, Azhani Almuddin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Berdasarkan kajian linguistik moden, alif dianggap sebagai vokal panjang. Penulisan alif di dalam teks Bahasa Arab (BA) akan didahului oleh vokal fathat /a/ ( ï¹· ). Oleh itu, alif tidak dianggap sebagai konsonan. Keadaan ini jelas diperlihatkan apabila setiap fonem dalam sesuatu perkataan dipenggalkan kepada transkripsi fonetik. Hal ini berbeza dengan pendapat beberapa ahli liguistik Arab dalam mengkategorikan alif sebagai salah satu fonem hija’iyyat. Ini menunjukkan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli linguistik dalam menentukan bilangan fonem BA berdasarkan pengkategorian alif. Selain itu, terdapat kekeliruan di antara alif dan hamzah kerana penulisan hamzah yang ditulis di atas alif. Walhal kedua fonem tersebut berbeza peranan dan mempunyai ciri yang tersendiri. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dan mengetengahkan kepada para pembaca yang mempelajari BA atau pembaca al-Quran, peranan dan ciri-ciri khusus alif dan hamzah. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti perbezaan di antara alif dan hamzah serta peranan dan ciri-ciri kedua fonem tersebut. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan bagi mengetengahkan perincian berkenaan perbezaan peranan dan ciri-ciri alif dan hamzah. Tafsiran perincian tersebut dijelaskan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa alif dan hamzah adalah dua fonem yang berbeza dan bukanlah sama seperti yang dianggap oleh sebahagian pembaca selama ini. Oleh itu, hamzah berperanan sebagai konsonan, manakala alif berperanan sebagai vokal. Kandungan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh individu yang mempelajari BA, pembaca al-Quran dan tenaga pengajar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.

     

    Kata kunci: alif, hamzah, linguistik Arab, linguistik moden, peranan dan ciri-ciri

     

    Abstract: Based on modern linguistic studies, alif is considered a long vowel. The writing of alif in Arabic text will be preceded by the vowel fathat /a/. Therefore, alif is not considered a consonant. This situation is clearly shown when each phoneme in a word is reduced to a phonetic transcription. This is different from the opinion of some Arab linguists in categorizing alif as one of the hija’iyyat phonemes. This shows that there is a difference of opinion among linguists in determining the number of Arabic phonemes based on the categorization of alif. In addition, there is confusion between alif and hamzah because of the writing of hamzah written above alif. Although the two phonemes have different roles and have their own characteristics. Therefore, this article will discuss and highlight to readers who study Arabic or readers of the Quran, the role and specific characteristics of alif and hamzah. The purpose of this study is to identify the differences between alif and hamzah and the roles and characteristics of the two phonemes. This study was conducted using a qualitative approach. The method of content analysis is used to highlight the details regarding the role differences and characteristics of alif and hamzah. The interpretation of the details is explained descriptively. The findings of the study show that alif and hamzah are two different phonemes and are not the same as some readers have thought. Therefore, hamzah acts as a consonant, while alif acts as a vowel. The content of this study can be used by individuals who study Arabic, readers of the Quran and teachers at the school and higher education levels.

     

    Keywords: alif, hamza, Arabic linguistics, modern linguistics, roles and characteristics


Reference
  • No Data Recorded