Pemahaman pemohon anak jagaan terhadap konsep jagaan pelihara (foster care) di Malaysia
List of Authors
  • Chan, Cheong Chong , Raja Norul Fazzilla Raja Halim

Keyword
  • Jagaan pelihara, ibu bapa pelihara, anak pelihara, anak angkat, pengangkatan

Abstract
  • Selaras dengan gerakan deinstitusionalisasi (deinstitutionalisation), pindaan ke atas Akta Kanak-Kanak 2001 pada tahun 2016 menekankan penjagaan yang berlandaskan sistem kekeluargaan untuk kanak-kanak yang terpisah daripada keluarga kandung. Ini menunjukkan jagaan pelihara (Foster Care) semakin mendapat perhatian di Malaysia dalam usaha memberi perlindungan dan penjagaan yang berteraskan kepentingan terbaik kanak-kanak. Namun, tidak banyak yang boleh diketahui mengenai kesedaran dan pemahaman masyarakat umum tentang konsep jagaan pelihara. Tahap pemahaman mereka secara langsung memberi kesan kepada usaha penempatan kanak-kanak dalam jagaan pelihara kerana mereka adalah sumber utama datangnya ibu bapa pelihara. Oleh itu, artikel ini bertujuan meninjau pemahaman pemohon anak jagaan terhadap konsep jagaan pelihara di Malaysia. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk mendapatkan 23 peserta kajian yang telah berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam usaha mendapatkan anak jagaan. Mereka telah menyertai sesi temubual separa-struktur dan berkongsikan pemahaman mereka tentang konsep jagaan pelihara. Secara umumnya, kebanyakan peserta kajian mempunyai pemahaman yang agak rendah tentang konsep jagaan pelihara. Konsep jagaan pelihara seringkali disalahertikan dengan konsep pengangkatan. Melalui analisis tema, pemahaman mereka dapat dihuraikan secara mendalam menerusi tiga tema yang saling berkaitan iaitu (i) tiada kewujudan istilah perkataan anak pelihara, (ii) niat asal untuk mohon anak angkat, dan (iii) berasa tertipu setelah mendapat tawaran anak pelihara. Manakala, tahap pemahaman peserta kajian boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu (i) pemahaman agak jelas, (ii) tidak pasti dan (iii) tiada pemahaman. Berdasarkan tiga tema dan tiga kategori pemahaman yang dikenalpasti, satu kerangka awalan pemahaman mengenai konsep jagaan pelihara telah dibina untuk konteks Malaysia. Ini disusuli dengan perbincangan dan cadangan mengenai intervensi dan sokongan perkhidmatan yang bersesuaian. Secara kesimpulannya, konsep jagaan pelihara perlulah dipromosikan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat dan usaha ini amat penting agar kepentingan terbaik kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan dapat dipertahankan.

Reference
  • 1. Anglin, J. P. (2004). Discovering what makes a ‘well-enough’ functioning residential group care setting for children and youth: Constructing a theoretical framework and responding to critiques of grounded theory method. In H. G. Eriksson & T. Tjelflaat (Eds.), Residential care: Horizons for the new century (pp.173-190). Hants, England: Ashgate Publishing Limited.
    2. Berry, M. (1992). An evaluation of family preservation services: Fitting agency services to family needs. Social Work, 37(4), 314-321.
    3. Chan C.C., & Md. Zawawi Abu Bakar. (2017). Jagaan gantian untuk kanak-kanak: Kekeliruan konsep dan implikasinya kepada proses penempatan kanak-kanak di Malaysia. Prosiding Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017(PESAN 2017): Kerja Sosial Mendepani Cabaran Semasa, Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur pada 12-13 Julai 2017.
    4. Chan, C. C. (2008). Jagaan pelihara (Foster Care) dan pengangkatan (Adoption): Satu perbandingan. In Khaidzir H. Ismail, Lukman Z.M. & Hanina H. Hamsan (Eds), Pembangunan kanak-kanak: Teori, isu and cabaran (pp. 91- 104). Shah Alam, Malaysia: Arah Pendidikan.
    5. Dozier, M. (2005). Challenges of foster care. Attachment and Human Development, 7(1), 27-30.
    6. Eisner, E. W. (1979). The use of qualitative forms of evaluation for improving educational practice. Educational Evaluation and Policy Analysis, 1(6), 11-19.
    7. Frommann, A., Haag, G., &. Trede, W. (1991). Residential education in the. Federal Republic of Germany. In M. Gottesman. (Ed.), Residential child care: An international reader (pp. 88-111). London, England: Whiting & Birch Ltd.
    8. Hess, P. M. (1987). Parental visiting of children in foster care: Current knowledge and research agenda. Children and Youth Services Review, 9(1), 29-50.
    9. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. (2011). Laporan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2009. Retrieved from http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/full&id=Uno3V0pkaS9QSlA4VlN1THpJM0V1dz09
    10. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. (2016). Laporan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2016. Retrieved from http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/Buku%20statistik%202016.pdf
    11. Jariah Mohd Jan & How, C. (2015). Recognising barriers to academic achievement of foster children in Malaysia: A case study. Asia Pacific Journal of Contemporary Education and Communication Technology, 1(1), 37-43.
    12. Kahan, B. (1991). Residential care and education in Great Britain. In M. Gottesman. (Ed.), Residential child care: An international reader (pp. 138-156). London, England: Whiting & Birch Ltd.
    13. Kerajaan Malaysia. (2006). Akta Kanak-Kanak 2001. Retrieved from https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Akta/Akta%20Kanak-Kanak%202001.pdf
    14. Kerajaan Malaysia. (2016). Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016. Retreived from https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Akta/Akta%20kanak-kanak%20pindaan%202016.pdf
    15. McKey, R. H. (1981). Foster care and families: Conflicting values and policies. Philadelphia, PA.: Temple University Press.
    16. Muzairiah Bajuri, Norulhuda Sarnon@ Kusenin, Nor Jana Saim., & Fauziah Ibrahim (2018). Konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga: Penerokaan pengetahuan dalam kalangan ibu bapa pelihara di Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 15(3), 145-157.
    17. Proch, K., & Howard, J. A. (1986). Parental visiting of children in foster care. Social Work, 31(3), 178-181.
    18. Ruzlan Md. Ali, Fahainis Mohd Yusof, & Fuziah Shaffie. (2018). Pengumpulan data kualitatif dalam penyelidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    19. Sanchirico, A., & Jablonka, K. (2000). Keeping foster children connected to their biological parents: The impact of foster parent training and support. Child and Adolescent Social Work Journal, 17(3), 185-203.
    20. Sinclair, I. & Gibbs, I. (1998). Children’s homes: A story in diversity. Chichester, England: John Wiley & Sons Ltd.
    21. Triseliotis, J., Sellick, C., & Short, R. (1995). Foster care: Theory and practice. London, England: B.T. Batsford Ltd.
    22. UNICEF. (2006). Alternative care for children without primary caregivers in tsunami-affected countries: Indonesia, Malaysia, Myanmar and Thailand. Bangkok, Thailand: UNICEF East Asia and Pacific Regional Office. Retrieved from http://www.unicef.org/eapro/Alternative_care_for_children.pdf
    23. Utusan Online. (July 5, 2017). UUM bakal tubuh rumah kebajikan anak yatim. Retrieved from http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/uum-bakal-tubuh-rumah-kebajikan-anak-yatim-1.499107
    24. Ven, K. V. (1991). Residential care, education, and treatment of children and youth in the United States. In M. Gottesman. (Ed.), Residential child care: An international reader (pp. 275-299). London, England: Whiting & Birch Ltd.