Kajian keberkesanan penggunaan smart breathable bandage (SBB)
List of Authors
  • Nik Khairul Bariyyah Abdul Hamid , Shaakiroh Murad

Keyword
  • Smart Breathable Bandage, Kemalangan, Pertolongan Cemas, Kain Anduh

Abstract
  • Kemalangan adalah sesuatu insiden yang sentiasa hendak dielakkan. Pengetahuan menggunakan teknik pertolongan cemas yang betul, dapat membantu kemalangan kecil menjadi lebih teruk. Pengetahuan kemahiran asas teknik pertolongan cemas penting bagi semua lapisan masyarakat dalam memberikan bantuan pertama di tempat kemalangan sebelum tibanya rawatan perubatan dari pihak hospital atau klinik. Dengan menggunakan kain anduh tradisional, ia akan mengakibatkan ikatan menjadi lambat dan rawatan kecemasan akan mengambil masa yang lama sekiranya pengguna panik. Di samping itu, jika ikatan tersebut tidak dapat dibuka, pihak perawat terpaksa memotong atau menggunting kain tersebut dan menyebabkan kain tersebut tidak dapat digunakan semula. Bagi mengatasi isu ini, Smart Breathable Bandage (SBB) telah dicipta bagi membantu penggunanya di dalam memberikan bantuan yang berkesan sebelum rawatan lanjut diberikan. SBB merupakan alat untuk balutan bagi kecederaan kepatahan dan mempunyai fungsi tambahan serta mempunyai nilai tambah yang tinggi dari segi reka bentuk. Kajian ini dilakukan dengan mengedarkan soalan kaji selidik kepada 120 responden yang mengandungi 8 item soalan berskala Likert 1 – 4 kepada responden yang terdiri daripada orang awam, anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), pakar perubatan dari Hospital Banting dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan Farmasi Penawar di Banting. Seramai 101 orang responden iaitu 84.17% telah menjawab kaji selidik ini dengan lengkap. bersetuju SBB mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri seperti reka bentuk yang mudah digunakan. memberi keselesaan kepada pengguna dan menjimatkan masa rawatan. Hasil dari maklumbalas tersebut mendapati bahawa 26.75% responden Setuju dan 72.14% responden adalah Sangat Setuju dengan keberkesanan penggunaan SBB ketika waktu kecemasan. Skor purata min yang diperoleh adalah 3.70 yang menunjukkan responden sangat bersetuju dengan produk SBB. Kesimpulannya, SBB merupakan projek inovasi yang memudahkan dalam rawatan kecemasan terutamanya kepatahan dan kecederaan pada bahagian tangan menggunakan netting fabrik mengandungi permukaan yang selesa berbanding kain anduh tradisional. Produk ini direka bagi memberi tugas menyelamat lebih efisien dan efektif.

Reference
  • 1. Nee, C. & Yunus, M. (2020). RollRoll Dice: An Effective Method to Improve Writing Skills among Year 3 Pupils in Constructing SVOA Sentences. Universal Journal of Educational Research, 8, 2368-2382.

    2. McLeod, S. (2008). Likert Scale. Retrieved from: https://www.simplypsychology.org/likert-scale.html

    3. Muhamad Yusoff, H. (2003). Pembangunan modul pembelajaran lukisan kejuruteraan bagi pelajar KUiTHHO (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

    4. Warwick, D. (1998) Teaching and Learning Through Module. England Basil Bllacwell.