Tahap Kefahaman dan Integriti Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah
List of Authors
  • Nor Azwahanum Nor Shaid, Nur Sabrina Aiman Mohd Rosszi

Keyword
  • Pentaksiran Bilik Darjah, Tahap Kefahaman, Tahap Integriti, Guru Bahasa Melayu

Abstract
  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merujuk kepada salah satu cara untuk mentaksir murid yang tidak berorientasikan peperiksaan dan bersifat menyeluruh serta lebih berfokus kepada perkembangan holistik murid. Peranan guru dalam melaksanakan PBD amat penting. Oleh itu, guru perlu faham akan PBD dan berintegriti dalam melaksanakan PBD agar data yang diperoleh melambangkan potensi sebenar murid. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan integriti melaksanakan PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Kaedah tinjauan digunakan untuk menjalankan kajian ini. Borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini. Responden kajian terdiri daripada 210 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Sepang. Analisis deskriptif dan analisis inferensi diguna pakai semasa proses penganalisisan data. Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman dan integriti melaksanakan PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Manakala dari aspek perbezaan jantina pula, dapatan kajian mendapati bahawa tahap kefahaman antara guru lelaki dan guru perempuan tidak berbeza walau bagaimanapun ada perbezaan pada tahap integriti. Implikasi kajian ini ialah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak sekolah perlu terus memantau dan membantu guru-guru agar melaksanakan PBD secara berintegriti.

Reference
  • No Data Recorded