Tabayyun Siyasi berasaskan kerangka politik Islam moden untuk mengesan kebolehpercayaan kempen dan janji politik Di Malaysia: Suatu tinjauan asas
List of Authors
  • Abdul Rahim Ahmad , Hayati Hussin

Keyword
  • Tabayyun, politik Islam, siyasah syariyyah, manifesto

Abstract
  • Sejak pilihanraya kesepuluh lagi, penggunaan internet yang merupakan asal-usul kepada media baharu dalam kempen politik sudah bermula di Malaysia. Ia telah mengubah kehidupan rakyat yang kini semakin berdamping dengan pelbagai aplikasi media baharu. Situasi ini sekaligus mempengaruhi para pengundi secara positif dan negatif serta memberi impak yang signifikan kepada senario politik negara kini. Para pengundi yang memiliki pelbagai latar belakang pendidikan dan kebudayaan menghadapi dilema besar ketika berhadapan dengan maklumat dan janji politik. Sebahagian kempen politik dan manifesto parti sememangnya benar, ada pula yang separuh benar dan banyak juga palsu dan perlu ditangani. Ini kerana kesannya amat besar kepada integriti wakil rakyat dan parti yang menang. Pada aspek kestabilan politik negara pula, kepercayaan dan keyakinan yang telah diberi dan diterjemahkan semasa memangkah kertas undi seakan dikhianati. Justeru kajian ini bertujuan untuk menemui ‘teknik asas’ yang perlu ada pada diri para pengundi dalam menerima penuh, sebahagian sahaja atau menolak terus sebarang informasi politik dan manifesto pilihanraya. Ia hanya berlaku dengan kita mengetahui panduan ilmu politik Islam semasa. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kualitatif yang memfokuskan reka bentuk kajian kes dengan kaedah kuantitatif yang melihat secara dekat persampelan deskriptif kerana ia mampu membantu pasukan penyelidik kajian untuk memahami sesuatu perkara atau fenomena dengan lebih mendalam dan mampu menjawab persoalan bagaimana dan kenapa sesuatu perkara atau fenomena itu berlaku. Kajian yang dibangunkan ini jika diselesaikan akan memberi impak positif kepada kecenderungan masyarakat terutamanya para pengundi dalam membuat pilihan. Walaubagaimanapun, kajian pada masa hadapan boleh meluaskan sasaran kajian dan juga lokaliti supaya dapat mempelbagaikan dapatan yang boleh membantu pihak yang bertanggungjawab dalam memperkasakan hasrat murni negara.

Reference
  • 1. Farris Shahiran Mohd Rizal, Chairel Azizi Abd Halim, Haiqal Haziq Nor Sham, Izzudin Hakim Muhd Sukur, Derham Idjie & Jalaludin Mohd Aris. (2019). Faktor yang menyumbang dan cara mengatasi penyebaran berita palsu. Pembentangan Akhir Pelajar Pengajian Isl am Universiti Tun Hussein Onn. 2019.

    2. Fatimah Akmal., & Ali Salman. (2015). Partisipasi politik belia secara ‘online’ melalui ruang demokrasi maklumat. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1). https://doi.org/10.17576/JKMJC-2015-3101-0580/713663755.

    3. Flew, T. (2004). New media: An introduction. Victoria: Oxford University Press.

    4. Flew, T. (2005). New media. New York: Oxford University Press.

    5. Friedman, L. W., & Friedman, H. H. (2008). The new media technologies: Overview and research framework. SSRN Electronic Journ al, 1556-5068.

    6. Hasim, L. K. T. & M. S. (2016). Artikulasi Isu-isu Sejarah dalam Media Massa di Malaysia. JEBAT: Malaysian Journal of History, P olitics and Strategic Studies.

    7. Hoq, K. M. G. (2014). Information overload: Causes, consequences and remedies- A study. Philosophy and Progress, LV-LVI(1-2). doi: 10.3329/pp.v55i1-2.26390.

    8. Iftitah Jaafar. (2017). Konsep berita dalam al-quran: implikasinya dalam sistem pemberitaan di media sosial. Jurnalisa, 3(1): 1-15. Ika Rusdina. 2018. Kognisi pembaca berita palsu (fake news) di media online. Jurnal Kodifikasia, 12(2): 185-196.

    9. Ikpa, E. H., & Olisa, F. P. (2010). The era of new media technologies and the challenges of media relations practice in Nigeria. J. Co mmunication, 1(2).

    10. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri Amir, Rosmadi Fauzi., & Novel Lyndon. (2012). Persepsi politik pengundi belia Melayu pasca pilihanraya umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu (9).

    11. Kahne, J, Middaugh, E., & Allen, D. (2014). Youth, new media, and the rise of participatory politics. Oakland: Youth and Participator y Politics Research Network.

    12. Kubiszewski, I., Noordewier, T., & Costanza, R. (2011). Perceived credibility of Internet encyclopedias. Computers & Education, 56( 3).

    13. Maamari, B. E., & Zein, H. E. (2014). The impact of social media on the political interests of the youth in Lebanon at the wake of the Arab spring. Social Science Computer Review, 32(4), 496–505.

    14. Marshelayanti Razali, & Nafisah Ilham. (2021). Media baharu dan aktiviti politik belia Melayu di Selangor. Journal of Social Science, 7(1).

    15. McQuail, D. (2005). McQuail’s mass communication theory. Fifth Edition London. SAGE Publications Ltd. Meadows, M. S. (2008). I, Avatar: The culture and consequences of having a second live. California: New Riders.

    16. Meijer, A. (2012). Co-production in an information age: Individual and community engagement supported by new media. Voluntas, 23. Mohamad, M., Nafisah, R. &, Hussin, I., Pengajian, J., & Karakter, P. (2021). Media baharu dan aktiviti politik belia Melayu di Selang or New media and political activities among Malay youth in Selangor. EDUCATUM-Journal of Social Science (EJOSS), https://doi.or g/10.37134/ejoss.vol7.1.5.2021.

    17. Mohd Arshad, M. R., & Mohd Salleh, N. (2018). Refusal of Youth to Vote in Shah Alam, Selangor, Malaysia. International Journal of Engineering & Technology, 7(4.15), 248. https://doi.org/10.14419/ijet.v7i4.15.22999.

    18. Mohd Sufiean Hassan., Maizatul Haizan Mahbob., & Siti Nurshahidah Sah Allam. (2020). Analisis psikometrik literasi media baharu d an pemantapan integriti penyertaan politik golongan muda. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(2), 143-166. [ 42] Mohd Ezril Mohd. (2018). Pengaruh kebergantungan golongan belia terhadap media sosial bagi tujuan politik, pengetahuan politik dan perubahan budaya politik di DUN Kajang, Selangor, Malaysia.

    19. Muhamad Faisal Ashaari, Lily Yaakob, & Rosmawati Mohamad Rasit. (2017). Dinamisme Islam di Alam Maya. Bangi: Fakulti Pengajia n Islam UKM.

    20. Muhammad Faisal Ashaari, Nor Faizah Ismail & Rosmawati Mohamad Rasit. (2019). Reaksi netizen muda terhadap kebanjiran maklu mat di alam maya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3): 390-406.

    21. Musa Abu Hassan, Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Shobi Ishak, Jusang Bolong & Siti Zobidah Omar. 2011. Tahap Penerimaan Makluma t Berkaitan Islam Di Internet Dari Nadia Fauzi. 2017. Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan: Suatu Kebaikan Atau Keburukan?. Bandar Baru Bangi: Institusi Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP).