Metodologi pentahkikan manuskrip: Kajian kes terhadab kitab Tacmim Al-Manafic Bi Qira’at Al-Imam Nafic karangan Al-Tarmasiy
List of Authors
  • Hayati Hussin

Keyword
  • Tahkik, Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic, Tarmasiy

Abstract
  • Kesungguhan para ulama terdahulu di dalam mewariskan ilmu dapat dilihat pada karya-karya mereka. Sebagai contoh kitab-kitab yang berkaitan dengan al-Quran seperti Hadith, Qiraat, Tajwid, Tafsir, sejarah, perubatan, dan pelbagai jenis ilmu yang sampai kepada kita sehingga ke hari ini merupakan hasil titik peluh yang digarap oleh mereka melalui mata pena. Kertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap metodologi pentahkikan manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. kajian ini berbentuk kualitatif. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan manuskrip yang merupakan instrument utama. Hasil kajian mendapati penulis telah menggunakan 12 metode ketika mentahkik kitab Tacmim. Dimulakan dengan mengenalpasti keaslian manuskrip dan diakhiri dengan tanda bacaan. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain. Implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri’.

Reference
  • 1. Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah. (2007). al-Khilcatul al-Fikriyyah fi Sharh al-Minhah al-Khayriyyah. Demak, Indonesia.

    2. Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah, (1907). Tacmim al-Manafic fi Qiraat al-Imam Nafic. Mekah.

    3. Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz bin cAbdullah. (2011). Hashiyat Takmilat Manhaj al-Qawim ila al-Faraid, 2011.

    4. Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz. (1902). Kifayat al-Mustafid li ma cAla min al-Asanid. Matbacah al-Mashhad al-Husayni. Mesir.

    5. cAbbās Hānī Chirākh. (2010). Manahij Tahqiq al-Makhtutat. Maktabat al-Thaqafah al-Diniyyah, Kaherah Mesir.

    6. cUmar cAbd al-Jabbar. (1982). Siyar wa Tarajum Bacd cUlamaina fi al-Qarn al-Rabic cAshar al-Hijriyy. al-Maktabah al-Waqfiyyah.

    7. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Kamus Dewan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ke 3. Kuala Lumpur.

    8. Edwar Djamaris. (2002). Metode Penelitian Filologi. CV Manasco, Jakarta.

    9. Fahmi Sacd dan Talal Majdhub. (1993). Tahqiq al-Makhtutat bayn al-Nazariyyah wa al-Tatbiq. cAlam al-Kutub, Beirut.

    10. Ibn Manzūr, Abū al-Fadl Jamal al-Din Muhammad al-Mukram (t.th). Lisan al-cArab. al-Mu’assasah al-Misriyyah al-cAmmah, Beirut.

    11. Qalcah Ji, Muhammad Rawas. (1999). Turuq al-Bahth Fi al-Dirasat al-Islamiyyah. Dar al-Nafais, Beirut.