Kemahiran Proses Matematik Sebagai Asas kepada Pendidikan STEM yang Holistik
List of Authors
  • Ma Jia Wei, Siti Mistima Maat

Keyword
  • Kemahiran Proses Matematik, Pendidikan STEM, cabaran

Abstract
  • Matematik merupakan salah satu subjek teras yang wajib belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Dalam proses pembelajaran matematik, ia memerlukan pemahaman konsep matematik yang kukuh dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Kemahiran Proses Matematik (KPM) merupakan komponen utama dalam pembentukan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang holistik. Penerapan KPM disokong oleh Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai asas penting dalam pembelajaran matematik untuk melahirkan murid yang berkemahiran dalam menyelesaikan masalah kompleks dalam kehidupan harian. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dalam melaksanakan KPM terutamanya berkaitan dengan kesediaan guru matematik. Ramai guru matematik matematik didapati kurang terlatih dalam mengintegrasikan KPM ke dalam pengajaran mereka dan pendekatan pengajaran yang tradisional sering tidak mendorong perkembangan kemahiran proses seperti pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Oleh itu, pihak berkenaan perlu berusaha dalam memperkasakan guru matematik matematik dengan latihan yang relevan dan program pembangunan profesional yang sesuai. Melalui pendekatan yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran STEM dapat ditingkatkan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih holistik dan berkesan. Penggunaan kaedah pengajaran yang berorientasikan proses dan penglibatan aktif akan membentukkan murid yang berdaya saing dalam menyelesaikan masalah. Dengan ini, ia dapat meningkatkan mutu pendidikan STEM dan mempersiapkan murid dengan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Reference
  • No Data Recorded