Mengkaji tahap penerimaan cendol kulit pisang di kalangan pelajar jabatan pelancongan & hospitaliti di Politeknik
List of Authors
  • Norlida Osman , Normala Sulaiman

Keyword
  • Kulit Pisang, Cendol, Kandungan Nutrisi

Abstract
  • Pisang mempunyai nutrien yang lebih tinggi daripada buah-buahan lain dan ia mempunyai jumlah tenaga yang cepat jika diperlukan. Pisang juga banyak digunakan di dalam pembuatan industri makanan manakala kulitnya tidak diperlukan dan akan dibuang terus ke dalam tong sampah. Ini akan menyebabkan lebih banyak pembaziran sisa makanan berlaku. Jumlah sisa makanan yang berlaku tidak begitu baik untuk kesihatan alam sekitar. Kulit pisang juga mempunyai banyak khasiat. Antara kebaikannya ialah kalium, magnesium, antioksidan, serat, dan banyak lagi. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap cendol berasaskan kulit pisang di mana seramai 35 orang responden dipilih secara rawak bagi menjalankan ujian sensori menggunakan skala hedonik dan ianya dianalisis menggunakan data Sains Sosial Pakej Statistik (SPSS) versi 26 untuk memperolehi kekerapan peratusan menilai pandangan, rasa, bau, warna dan tekstur. Hasil ujian sensori kajian ini menunjukkan 31% menyukai dari sudut pandangan (appeal), 30% menyukai dari segi bau (smell), 30% menyukai dari segi warna (colour), 34% tekstur (teksture) dan 40 % menyukai dari segi rasa. Secara keseluruhan responden sangat menyukai cendol kulit pisang yang sedap dan penuh khasiat.

Reference
  • 1. A recipe from myresipi.com for jelly cendol. Dicapai dari https://myresipi.com/recipes/cendol-pandan

    2. Journal of functional foods. Dicapai https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1756464617306783

    3. Techno-economic and environmental assessment of biogas production from banana peel in a biorefinery concept. Dicapai https://link.springer.com/article/10.1007/s11356-018-1848-y

    4. Bioactive compounds in banana fruits and their health benefits. Dicapai dri https://academic.oup.com/fqs/article/2/4/183/5164297