Interaksi Tidak Bersemuka Dan Perintah Kawalan Pergerakan Wabak Covid-19
List of Authors
  • Kok Hin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kepuasan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (PPISMP) ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Pengajian Pengantar Profesional sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Sampel kajian adalah sebanyak 18 pelajar PPISMP ambilan Jun 2019. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik GPPJPPI-20. Data yang dikumpul secara deskriptif dalam min skor purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min skor purata persediaan keseluruhan terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Pengajian Pengantar Profesional sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 adalah sederhana dengan min skor purata 3.67. Pelajar lebih berpuas hati dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bersemuka mengikut jadual rasmi dalam kampus (min skor purata=4.00).


Reference
  • No Data Recorded