Laporan berita proklamasi darurat pandemik Covid-19: Analisis wacana autoritatif portal berita Bahasa Arab ‘Aswaq’
List of Authors
  • Farah Nadia Harun , Muhammad Marwan Ismail

Keyword
  • Covid-19, Analisis Wacana Kritis, Korpus Linguistik, Portal Berita, Wacana Autoritatif.

Abstract
  • Pandemik Covid-19 telah menjadi topik utama wacana segenap lapisan masyarakat. Media masa khususnya portal berita dalam talian telah memainkan peranan yang penting sebagai agen penyebaran maklumat terkait pandemik kepada umum dengan cepat dan mudah. Justeru, makalah ini bertujuan menganalisis dengan terperinci laporan berita terkait pandemik Covid-19 yang dipaparkan oleh portal berita berbahasa Arab ‘Aswaq’ (aswaqpress.com) bermula Januari hingga Julai 2021. Aswaq yang mula beroperasi sejak 2009 berperanan sebagai jambatan berita dan maklumat antara Malaysia dan dunia Arab. Fokus kajian adalah kepada wacana autoritatif yang memuatkan naratif dari sumber-sumber pihak berwajib dan berpengaruh yang lazimnya dianggap umum sebagai sumber sahih. Kajian ini juga akan merungkai strategi-strategi yang digunakan oleh portal berita Aswaq dalam mengolah dan melaporkan wacana autoritatif dalam laporan berita mereka. Seterusnya ia akan memberi gambaran keseluruhan terhadap naratif lopran berita terkait pandemik Covid-19 yang dihidangkan kepada para pembaca khususnya di Timur Tengah berkaitan Malaysia. Metode kajian adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK) berasaskan teks (textual-oriented Critical Discourse Analysis) yang dianjurkan oleh Norman Fairclough (1992). Hasil analisis kualitatif akan dibantu dengan dapatan data statistik janaan perisian analisis Korpus Linguistik ‘AntConc’ bagi sistem Windows 11 versi 4.2.4 (2023). Dapatan awal menunjukkan, naratif berita pandemik Covid-19 oleh Aswaq.com padat dengan wacana autoritatif bagi meyakinkan para pembaca tentang maklumat yang mereka sajikan kepada para pembaca sasaran. Dalam pada itu, terdapat juga wacana dari sumber-sumber lain bersifat antagonis yang mencabar kewibawaan wacana autoritatif selain menawarkan wacana alternatif kepada naratif pihak berkuasa. Semua ini menjadikan wacana portal berita Aswaq kaya dengan pelbagai maklumat dari sumber yang berbeza untuk tatapan para pembaca yang semakin kritis. Di akhir makalah, cadangan dan penambahbaikan akan dikemukakan untuk kajian berkaitan pada masa hadapan

Reference
  • 1. Aswaq. 2021. Covid-19 News Achieve. Aswaqpress.com. Accessed 18/6/2023

    2. Antony, Lawrence. 2023. AntConc Software for Concordance Analysis on Windows 11. Version 4.2.4 (2023)

    3. Baker, P., & McEnery, T. (2005). A corpus-based approach to discourses of refugees and asylum seekers in UN and newspaper texts. Language and Politics, 4(2), 197-226.

    4. Blommaert, J. (2005). Discourse: A Critical Introduction. Cambridge: Cambridge University Press.

    5. Chilton, P. (2005). Missing Links in Mainstream CDA: Modules, Blends and the Critical Instinct In P. Chilton & R. Wodak. (Eds.), A New Agenda in (Critical) Discourse Analysis: Theory, Methodology and Interdisciplinarity Amsterdam: John Benjamins.

    6. Chilton, P., & Schaffner, C. (2002). Introduction: Themes and principles in the analysis of political discourse In P. Chilton & C. Schaffner (Eds.), Politics as Text and Talk: Analytic Approaches to Political Discourse (pp. 1-41). Amsterdam: J. Benjamins.

    7. Chouliaraki, L., & Fairclough, N. (1999). Discourse in Late Modernity. Edinburgh: Edinburgh University Press.

    8. Fairclough, N. (1988). Discourse representation in media discourse. Sociolinguistics, 17, 125-139.

    9. Fairclough, N. (1989/2001). Language and Power (2nd ed.). London: Longman.

    10. Fairclough, N. (1992). Discourse and Social Change. Cambridge: Polity Press.

    11. Fairclough, N. (1995a). Critical Discourse Analysis: The Critical Study o/Language. London: Longman.

    12. Fairclough, N. (1995b). Media Discourse. London: Hodder Arnold.

    13. Fairclough, N. (2001/1989). Language and Power (2nd ed.). London: Longman.

    14. Fairclough, N. (2003). Analysing Discourse: Textual Analysis for Social Research. London: Routledge.

    15. Fairclough, N. (2006). Language and globalisation. London: Routledge.

    16. Fairclough, N., Wodak, R., & Mulderrig, J. (2011). Critical discourse analysis. In T. van Dijk (Ed.), Discourse Studies: A Multidisciplinary Introduction (2nd ed., pp. 357-378). London: Sage.

    17. Foucault, M. (1972). The Archaeology of Knowledge. London: Tavistock Publications.

    18. Fowler, R. (1991). Language in the News: Discourse and Ideology in the Press. London: Routledge.

    19. Fowler, R, Hodge, B., Kress, G., & Trew, T. (1979). Language and Control. London: Routledge.

    20. Franklin, B., Hamer, M., Hanna, M., Kinsey, M., & Richardson, J. (2005). Key Concepts in Journalism Studies. London: Sage.

    21. Halliday, M.A.K (1994). An Introduction to Functional Grammar (2nd ed.) London: Edward Arnold.

    22. Harun, F, Ismail, M et al. (2019), ‘The Driving Restriction on Saudi Women: Critical Analysis of Modality in Arabic Online News Discourse’, Journal of Fatwa Management and Research (2019): 466–87.

    23. Harun, F and Ismail, M. (2020) ‘Saudi Women Participation in Sports: Critical Analysis of Presupposition Strategies in Arabic Online News Discourse’, Journal Sains Insani (Vol. 5, 2020): 134–50.

    24. Ismail, M. M., Harun, F. N., Mohammad, W. M., Muhammad Saad, N., & Ismail, S. (2021). Verbal processes in the Covid-19 news discourses: An analysis of ‘aswaqpress.com’ coverage on Malaysia: Proses verbal dalam wacana berita Covid-19: Analisis portal ‘aswaqpress.com’ berkaitan Malaysia. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(2), 745–756. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.237

    25. Ismail, M. M., Harun, F. N., (2022). Intertextuality in online news coverage of the 2011 jasmine revolution: a comparison between al-jazeera and bbc arabic. Baltic Journal of Law & Politics 15:1 (2022): 1066-1081 DOI: 10.2478/bjlp-2022-00068

    26. Ismail, M., Harun, F., Daoudi, A. (2018). Naming Strategies in Modern Standard Arabic Online News Discourse: The Case of Al-Jazeera and BBC Coverage on the 2011 Tunisian Jasmine Revolution in Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 158-171.

    27. Ismail, M. (2019). Aljazeera Arabic and BBC Arabic Online News Coverage of the 2011 Arab Spring in Tunisia and Egypt: Critical Discourse Analysis. PhD Thesis. The University of Birmingham. The UK.

    28. Ismail, M and Harun, F. (2021) Modern Standard Arabic Online News Discourse of Men and Women: Corpus-Based Analysis. Asian Journal of Behavioural Sciences, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 24-39, Mar. 2021: p134–50.

    29. Ismail, M. M., Harun, F. N., Muhamad, W. M., Saad, N. M., & Md Isa, Z. (2021). The Arab Spring Online News Coverage: Corpus-Based Analysis Of The Tunisian And Egyptian Revolution Keywords. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 4 (14), 52- 70.

    30. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2021. Covid-19 di Malaysia. www.moh.my. Accessed 18/6/2023

    31. Laclau, E and Mouffe, C. (1985). Hegemony and Socialist Strategy. London: Verso.

    32. Reisigl, M and Wodak, R. (2001). Discourse and Discrimination: Rhetoric of Racism and Antisemitism. London: Routledge.

    33. Richardson, J. (2007). Analysing Newspapers: An Approach from Critical Discourse Analysis. New York: Palgrave Macmillan

    34. World Health Organisation, 2021-23. Pandemic Covid-19: Facts and Figure.www.who.org. Accessed 18/6/2023.