Keharmonian masyarakat majmuk dalam kerangka Malaysia MADANI: Satu analisis awal
List of Authors
  • Enizahura Abdul Aziz

Keyword
  • Keharmonian, Masyarakat Majmuk, Malaysia Madani, Peradaban, Kepelbagaian

Abstract
  • Penulisan ini membincangkan berkenaan keharmonian masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia dalam konteks Gagasan Malaysia Madani yang menjadi kerangka dasar Kerajaan Malaysia hari ini. Hubungan masyarakat pelbagai agama dan kaum di Malaysia merupakan satu dimensi penting yang sentiasa perlu diberi perhatian khusus, Ini adalah kerana dinamika interaksi kelompok masyarakat berbilang bangsa dan agama ini boleh berubah dan memberi kesan kepada negara secara keseluruhan. Cabaran-cabaran seperti prejudis, identiti etnik dan isu-isu antara kaum dan agama turut dibincangkan di dalam kertas ini bagi memperlihatkan kesan kepada usaha membina keharmonian dalam hubungan masyarakat pelbagai agama dan kaum di Malaysia. Malaysia Madani yang menjadi kerangka dasar utama negara hari ini juga menitikberatkan aspek keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia. Menerusi enam teras iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan, gasasan Malaysia Madani memberi fokus kepada pendekatan yang bersifat komprehensif di dalam melakukan reformasi yang diperlukan bagi membina negara. Ini diperjelaskan dengan nilai-nilai peradaban yang perlu ada agar pendekatan madani itu dapat diterjemahkan dengan baik ke dalam enam teras kerangka dasar tersebut khususnya di dalam membentuk keharmonian dalam masyarakat. Nilai-nilai seperti ukhuwah, keadilan, kebaikan akhlak dan moral merupakan antara nilai-nilai peradaban yang mampu melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan seterusnya membentuk negara yang maju, aman dan sejahtera.

Reference
  • 1. Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini. Realiti Kepelbagaian Kaum ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka, Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science Jilid 2 2017: 1-24

    2. Alvin Rabushka. Race and Politics in Urban Malaya (California: Hoover Institution Press, 1973), 19-27, di dalam Ramli, M.A et al. Fenomena At-Tasyabbuh (Penyerupaan) dalam Perayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Jurnal Syariah, Jil. 21, Bil. 1 2013: 21-42

    3. Anisma Zulfiani. Anwar Ibrahim's Political Thoughts on Civil Society and Its Relevance to Politics in Malaysia. International Journal on Social Science, Economics and Art, 9 (3) (2019). 143-157

    4. Anwar Ibrahim. (2023). Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi.

    5. Azman, M., & Rahman, N. (2023). Penerapan Konsep Malaysia MADANI dalam Dasar Awam: Membudayakan Harmoni dalam Kepelbagaian. International Journal Of Advanced Research In Education And Society, 5(4), 29-43.

    6. Bakar, O. (1997). Agama dan Budaya Teras Masyarakat Madani. Jurnal Usuluddin, 5, 1–10. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3154

    7. Basri Ibrahim. (2011). Perayaan Bukan Islam dalam Sebuah Negara Islam. Abdul Karim Ali dan Rumaizi Ahmad al-Mustapha. Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia (ed). Shah Alam, Selangor: Imtiyaz Multimedia & Publications

    8. Dina Taha. (2012). Muslim Minorities in the West: Between Fiqh of Minorities and Integration. Electronic Journal of Islamic and Middle Eastern Law, 1: 1-36

    9. Kamar Oniah Kamaruzaman (2010). Religion and Pluralistic Co-Existence: The Muhibah Perspective (A Collection of Seminar Papers). Selangor: IIUM Press

    10. Kementerian Perpaduan Negara. (2023). Membangun Malaysia MADANI melalui Konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian.. Retrieved from https://www.perpaduan.gov.my/images/2023/dasar/PerpaduanMalaysiaMadani/PerpaduanMalaysiaMadani.pdf.

    11. John Sydenhem Furnivall. (1967). Netherlands India: A Study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge University Press. Di dalam Ramli, M.A et al. Fenomena At-Tasyabbuh (Penyerupaan) dalam Perayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia. Jurnal Syariah, Jil. 21, Bil. 1 2013: 21-42

    12. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. (2008). Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27: 81-92

    13. Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). ‘Uruf majmuk: konsep dan amalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Journal of Fiqh, 8: 45-64

    14. Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Hubungan Masyarakat Islam dan Masyarakat Bukan Islam. Abdul Karim Ali dan Rumaizi Ahmad al-Mustapha. Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia (ed). Shah Alam, Selangor: Imtiyaz Multimedia & Publications. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/24522

    15. Shukeri Muhammad. (2009). Siyasah Syar`Iyyah dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk, Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Dalam Negara Islam anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor, pada 23-24 Disember 2009 bertempat di Dewan Annex, SUK Selangor

    16. Suraya Sintang, Budi Anto Mohd. Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Hj. Lukin, Halina Sendera Mohd. Yakin. (2019). Kesepaduan Sosial dalam Hubungan antara Agama di Pedalaman Sabah, Borneo International Journal eISSN 2636-9826; Vol. 2 (1). 5-15

    17. Shuhairimi Abdullah et al. (2023). Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penelitian. Prosiding Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA) ke-2. 239-249. Retrieved from https://penerbit.unimap.edu.my/images/pdf/SUTERA2023/SUTERA_2023_239-249.pdf