Jaringan keselamatan sosial di Malaysia
List of Authors
  • Noor Halim Nordin , Zaid Ahmad

Keyword
  • Jaringan keselamatan sosial, dasar sosial, sistem kapitalisme, negara kebajikan, sektor swasta

Abstract
  • Perkembangan pesat arus globalisasi sekitar tahun 1990-an telah mengurangkan peranan negara dalam pembangunan di negara-negara yang sedang membangun. Dalam hal ini, pelaksanaan jaringan keselamatan sosial di Malaysia memerlukan sebuah dasar sosial yang bersifat jangka panjang. Dasar sosial tersebut berperanan memberikan bantuan kepada kelompok yang kurang mendapat manfaat daripada program pembangunan ekonomi dan sosiopolitik agar selari dengan pengamalan dalam sistem kapitalisme kebajikan. Kajian ini mengkaji peranan negara dalam melaksanakan jaringan keselamatan sosial melalui program jangka panjang dalam pembangunan sosial di Malaysia. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang bersifat teoretikal dan empirikal termasuklah kaedah temu bual dengan sumber autoritatif dan juga kajian di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat mengenai teori-teori ekonomi dan politik di Malaysia. Malaysia memiliki potensi untuk menjadi sebuah negara kebajikan walaupun terdapat beberapa masalah untuk menguruskannya. Malaysia mengambil kira kepentingan peranan pasaran atau sektor swasta khususnya dalam usaha untuk mengurangkan beban negara dalam menyediakan dan menguruskan bantuan kebajikan sosial kepada rakyat. Oleh itu, kerjasama negara dengan pasaran iaitu sektor swasta dilihat memberi kesan khususnya kepada perkembangan pelaksanaan jaringan keselamatan sosial di Malaysia––merujuk kepada konteks pembangunan kapasiti yang menyumbang kepada tenaga kerja di sektor awam dan swasta pada masa hadapan.

Reference
  • 1. Dixon, H. (1999). Controversy: on the use of the ‘hidden economy’estimates. Economic Journal, 109(456), 335-337.
    2. Hashim, S. M. (1998). Income inequality and poverty in Malaysia. Rowman dan Littlefield.
    3. Ishak, M. M. B. (1999). From plural society to Bangsa Malaysia: ethnicity and nationalism in the politics of nation-building in Malaysia (Doctoral dissertation, University of Leeds).
    4. Jomo, K. S., dan Gomez, E. T. (2000). The Malaysian development dilemma. Rents, rent- seeking and economic development: Theory and evidence in Asia, 274 - 303.
    5. Khalid, M. A. (2014). The colour of inequality: Ethnicity, class, income and wealth in Malaysia. MPH Group Publishing.
    6. Lippit, V. D. (2005). The political economy of China's economic reform: observations on China and socialism. Critical Asian Studies, 37(3), 441-462.
    7. Mitra, S. (2005). Disability and social safety nets in developing countries.
    8. Ragayah, H. M. Z., Lee, H. A., dan Saaidah, A. R. (2002). Social protection in Malaysia. Social Protection in Southeast and East Asia, Friedrich Ebert Stiftung: Singapore, 119-169.
    9. Salleh, M. S. (2014). Organizational and Definitional Reconfiguration of Zakat Management. International Journal of Education and Research, 2(5).
    10. Sity, D., dan Zarina, O. (2005). Keselamatan insan dan jaringan keselamatan sosial. Politik dan Keselamatan. Bangi: Penerbit UKM.
    11. Sotharith, C. (2005). Urban Poverty and Social Safety Net in Cambodia. Cambodian Institute for Cooperation and Peace.
    12. Tambunan, T. (2005). Promoting small and medium enterprises with a clustering approach: A policy experience from Indonesia. Journal of Small Business Management, 43(2), 138- 154.
    13. Vivian, J. (1994). Social safety nets and adjustment in developing countries (No. 1). UNRISD Occasional Paper: World Summit for Social Development. .
    14. Xin, G., dan Xu, W. (2005). From Statism to Corporatism: Changes in the relationship between the state and professional associations in the transition to market economics in China. Sociological Research, 2, 155-175.