Analisis Praktis Perekodan Dan Pelaporan Kewangan Masjid di Ranau, Sabah
List of Authors
  • Mohd Faiz Mohamed Yusof, Saimi Bujang, Suhailin Lajimin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Masjid merupakan sebuah tempat yang amat suci dan merupakan pusat ibadah bagi umat Islam. Jawatankuasa Pengurusan Masjid dituntut untuk memperkasakan pengurusan kewangan masjid bagi melaksanakan pelbagai aktiviti atau program mengimarahkannya. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji pengurusan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah. Objektif kajian ini iaitu untuk menjelaskan pengamalan pengurusan perekodan dan pelaporan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah. Untuk mencapai objektif kajian ini, kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data primer daripada empat belas orang responden iaitu tujuh orang pengerusi masjid dan tujuh orang bendahari masjid yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan masjid. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Manakala reka bentuk kajian adalah kajian kes berbilang untuk memastikan hasil kajian dapat mencapai objektif kajian. Kajian ini mengaplikasikan persampelan bertujuan ke atas tujuh buah masjid iaitu melibatkan sebuah masjid daerah, empat lima masjid qariah dan dua masjid sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan masjid dari aspek perekodan dan pelaporan di daerah Ranau, Sabah oleh pengerusi dan bendahari masjid mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Kajian ini dapat memberikan panduan kepada ahli jawatankuasa masjid bagi merangka beberapa garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan masjid untuk mempertingkatkan keupayaan pengurusan perekodan dan pelaporan kewangan masjid.


Reference
  • No Data Recorded