Jenis-jenis aduan dalam runding cara keluarga Islam
List of Authors
  • Siti Fatimah Abdul Rahman

Keyword
  • konflik rumah tangga; perkahwinan Islam; khidmat nasihat kekeluargaan

Abstract
  • Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri, melalui Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti menawarkan perkhidmatan runding cara kekeluargaan untuk masyarakat Islam. Unit Runding Cara ini menguruskan aduan rumah tangga dan kekeluargaan melibatkan isu pernikahan, perceraian, rujuk dan pelbagai aduan berkaitan krisis rumah tangga. Unit Runding Cara Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) misalnya, sepanjang 2018-2022 telah menerima sebanyak 38,449 aduan yang memerlukan khidmat runding cara mereka. Makalah ini akan melihat dengan lebih terperinci punca-punca aduan mereka sepanjang tempoh lima tahun itu. Kajian ini menggunakan data sekunder dari JAWI untuk mengenalpasti jenis-jenis aduan yang dibuat. Dari segi punca aduan, tiga punca aduan yang utama untuk lima tahun ini ialah “masalah sosial/akhlak”, “tidak bertanggungjawab” dan “masalah komunikasi”.

Reference
  • 1. Abdullah, M., & Ismail, Z. (2020). Fungsi Rundingcara Bagi Mengukuhkan Hubungan Pasangan Bermasalah Dalam Perkahwinan. Al-Hikmah, 12(2), 75-92. Retrieved June 20, 2023

    2. Dimon, Z., Mohd Rapini, A., Dahalan, H., Mat Jusoh, Z., & Md Abd Salam, N. (2018). Faktor-faktor Konflik Rumah Tangga: Kajian di Unit Runding Cara Jabatan Agama Islam Selangor. 4th International Conference on Islamiyyat Studies 2018 (pp. 287-293). Bangi: Faculty of Islamic Civilisation Studies, International Islamic University College Selangor.

    3. Hadigunawan, N., & Azahari, R. (2016). Penghayatan Islam dan Hubungannya dengan Konflik Rumah tangga: Kajian di Unit Runding Cara, Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Shariah Journal, 24(3), 393-422.

    4. Ismail, M., & Sulong, J. (2022). Penyelesaian Pertikaian Alternatif Secara Runding Cara ke Atas Kes Tunggakan Nafkah di Era Pandemik COVID-19 di Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Journal of Muwafaqat, 5(1), 1-16. Retrieved 6 20, 2023, from https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal

    5. Md Abdul Salam, N., Mat Jusoh, Z., Mohd Rapini, A., Dimon, Z., & Mohamad Dahalan, H. (2018). Peranan dan Pelaksanaan Runding Cara Kekeluargaan: Satu Kajian di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. 4th International Conference on Islamiyyat Studies 2018, (pp. 699-709). Bangi.

    6. Md Abdul Salam, N., Mohd Rapini, A., & Miskam, S. (2020). Keperluan Runding Cara Dalam Penyelesaian Konflik Kekeluargaan: Kajian Awal di Klinik Runding Cara Syariah dan Undang-undang, KUIS. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Ke-5 (PASAK5 2020) - Dalam Talian, (pp. 1001-1010).

    7. Mohd Rapini, A., Md Abdul Salam, N., Dimon, Z., Mohamad Dahalan, H., & Mat Jusoh, Z. (2018). Konsep Kajian Amalan Runding Cara Keluarga di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia: Tinjauan Terhadap Keperluan Modul Khusus. 5th International Research Management & Innovation Conference . Putrajaya.

    8. Othman, N., Jaafar, N., & Mohamed, A. (2018, October). Hisbah dan Kepentingannya Dalam Runding Cara Perkahwinan. al-Abqari Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 15, 127-136.

    9. Shamsuddin, S., AK, A., & OM, A. (2022). Prosedur Garis Panduan Runding-Cara Perkahwinan Islam: Satu Analisis Kualitatif. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 7(1), 83-91